Minggu kedua pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, 'The Masked Singer Malaysia' telah berlangsung di Shah Alam Theatre.

Walaupun kita berada dalam norma baharu dan perlu patuh dengan Tatacara Operasi Standard (SOP) namun tetap meriah dengan persembahan 11 orang peserta.

Minggu kedua menyaksikan Bunga Raya mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Hareudang Hareudang nyanyian asal Vita Alvia.

Manakala, Rimau yang dipakai oleh penyanyi dan pelakon Ebby Saiful pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu I Want You To Love Me dendangan asal Alif Satar sekaligus tersingkir pada minggu kedua.

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperolehi pada konsert minggu kedua daripada para juri:

#1 Bunga Raya (Hareudang Hareudang/Vita Alvia) : 84.00%

#2 Orang Utan (Pop Yeah Yeah/VE) : 84.00%

#3 Wau (Melompat Lebih Tinggi/Sheila On 7) : 81.00%

#4 Rafflesia (Goyang Bali/Mas Idayu) : 81.00%

#5. Rajah Brooke (Akhirnya Kini Pasti/Anita Sarawak) : 80.00%

#6 Ayam Jantan (Hukum Karma/Wings) : 79.00%

#7 Reno (Lelaki Di Telefon/Afieq Shazwan) : 75.00%

#8 Enggang (Cek Mek Molek/Dato' M. Daud Kilau) : 71.00%

#9 ABC (Sangat Cute/Harith Zazman) : 70.00%

#10 Musang King (Pencuri/Mark Adam) : 69.00%

#11 Rimau (I Want You To Love Me/Alif Satar) : 69.00%

Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.

Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

Program 'The Masked Singer Malaysia' dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.