Selepas menghasilkan pelbagai karya luar biasa seperti Pok Ya Cong Codei, Sanggul Beracun dan Che Pa, pelakon dan pengarah kreatif yang dihormati ramai, Sabri Yunus sekali lagi muncul dengan naskah terbaru berjudul Butak.

Padat dengan mesej positif, Butak mempertaruhkan pelakon remaja Izuan Fitri sebagai tunjang utamanya.

Bakat yang tidak sepatutnya dipandang rendah, Izuan sebaliknya merupakan pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2016.

Selain Izuan, Butak turut menggabungkan pelakon-pelakon hebat senior dan baharu antaranya Bohari Ibrahim, Kaza Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Fimie Don, Melly Amalin, Saidi Sabri, Azman Hassan, Fazli Daniel Ali, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah dan, Ahmad Nizam Bahari.

Malah, Sabri Yunus juga turut membuat penampilan sebagai Pak Man.

Menurut Penerbit filem Butak, Amru Najmi Osman, Butak merupakan sebuah filem arahan Sabri Yunus yang cukup berlainan daripada filem-filem yang sedia ada.

“Sabri Yunus yang kita kenali, sering memberikan nafas baru kepada genre filem di Malaysia dan ianya pasti mendapat perhatian peminat filem tanah air,” katanya.

Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata, filem tersebut merupakan sebuah karya yang istimewa buat penonton Astro.

“Kami bawakan sesuatu yang berbeza daripada sebelum ini dengan menampilkan filem genre fiksyen terus ke pawagam rumah anda, Astro First.

“Lebih menarik lagi, Butak juga adalah sentuhan pengarah prolifik Sabri Yunus yang sememangnya sering dikenali dengan karya-karya sastera serta elemen yang dekat dengan kehidupan masyarakat setempat,” katanya.

Butak sesat kat mana ni? Siapa pulak diorang ni? Nak tahu apa akan jadi pada Butak sama-sama kita ketahui mulai 8 Oktober ini! . BUTAK akan datang mulai 8 Oktober ini istimewa hanya di Astro First, Saluran 480, Di Pawagam Rumah Anda! . @iiz1_fi3 @sabriyunus @boharibinibrahim @kazar35 @realfimiedon @__mellyamalin @fazli_daniel @azman_hassan_77 @imudaart . #Butak #FilemButak #AstroFirst #DiPawagamRumahAnda

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on

Secara ringkasnya filem ini mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.

Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.

Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.

Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Jangan lupa untuk menonton filem Butak yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 8 Oktober ini.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang Butak menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.