Sebut saja tentang karya Sabri Yunos siapa yang tidak kagum.

Apabila mengingatkan senarai karyanya seperti Pok Ya Cong Codei, Sanggul Beracun sehinggalah kepada Che Pa, semuanya memberi impak yang cukup hebat terutama dalam mengangkat isu-isu kemasyarakatan dan budaya.

Terbaharu, Sabri Yunos muncul lagi dengan karya berjudul Butak yang bakal ditayangkan bermula esok.

Menurut Penerbit Filem Butak, Amru Najmi Osman, Butak merupakan sentuhan Sabri Yunus yang mengisahkan bagaimana seorang budak remaja yang sering dibenci oleh orang kampung kerana kenakalannya.

“Tetapi pada hakikatnya, Butak merupakan seorang remaja yang berjiwa murni dan jauh disudut hatinya, insaf ingin bertaubat kepada yang ESA.

“Rugilah kalau penonton tidak mengambil peluang ini untuk menyaksikan keunikan filem arahan Sabri Yunos,” katanya.

Pada yang tertanya-tanya, filem ini secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.

Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.

Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.

Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Jangan lupa untuk menonton filem Butak yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 8 Oktober ini.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang Butak menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.