Sosialit dan personaliti The House musim keenam, Ezurin Khyra berkongsi mengenai beberapa nasihat penting yang selalu diberikan kepada lima cahaya matanya.

Menurut Ezurin, beliau sering mengingatkan putera dan puterinya tentang kepentingan sikap merendah diri tanpa mengira taraf kehidupan.

"Saya sering mengingatkan mereka tentang kepentingan sikap merendah diri tanpa mengira status. Tidak kira betapa istimewanya layanan yang diberikan kepada kita dalam masyarakat, kita haruslah merendah diri," kata Ezurin kepada Gempak.

Memandangkan semua cahaya matanya menuntut ilmu di luar negara, Ezurin juga sering menerapkan nilai-nilai ketimuran dalam diri mereka.

"Semua anak saya belajar di United Kingdom, jadi, saya sentiasa menerapkan nilai-nilai ketimuran dalam diri mereka.

"Saya selalu memberitahu dan mengajar mereka tentang adat-adat orang Melayu agar mereka dapat mengamalkannya," katanya lagi.

The House Ezurin Khyra akan membuka tirai pada Rabu, 21 Oktober 2020, jam 9.00 malam di Astro Ria (124) dan Ria HD (104).

Gempak sebagai portal rasmi pula akan membawakan video-video eksklusif menerusi gempak.com/thehouse. Program ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Apa yang pasti, The House akan membawa Ezurin sekeluarga serta rakan rapatnya, Magie Abang Saufi keluar dari zon selesa mereka untuk melalui cara kehidupan yang lebih sederhana.

Mereka juga akan menempuhi pelbagai perkara yang tidak dijangka, nak tahu lebih lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

Ezurin Khyra, seorang sosialit 'A-list', ibu kepada lima orang cahaya mata yang sangat dikenali dengan gaya hidup glamor dan sering mengembara ke seluruh dunia. Ezurin yang mesra disapa sebagai Princess Ezurin mempunyai personaliti yang sentiasa mencuri tumpuan di mana sahaja dia berada. Pernah mendirikan rumah tangga dengan kerabat Diraja, Ezurin sering menghadiri acara fesyen terkemuka di seluruh dunia di samping sibuk menguruskan lima orang cahaya mata. Dalam musim terbaru The House, Ezurin berkongsi tentang ikatan erat kekeluargaan bersama putera dan puteri yang tidak pernah ditonjolkan sebelum ini. The House telah membawa Ezurin bersama keluarganya untuk keluar dari zon selesa di mana mereka harus mengharungi kehidupan yang lebih sederhana serta perkara-perkara yang tidak dijangka. Bagaimanakah mereka menyahut cabaran ini? Jangan lupa saksikan The House musim keenam! Saksikan ‘The House’ selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9.00 malam. Anda juga boleh strim #OnDemand menerusi aplikasi Astro GO, Astro PVR Box atau Ultra Box! Ketahui lebih lanjut di https://astro.com.my/HowTo #Gempak #AstroGempak #TheHouseEzurin #EzurinKhyra #EKhyra @ezurinkhyra @magieabangsaufi

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak) on