gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Cantik Mengayakan Busana Pengantin, Adira Jawab Desas-desus Bakal ‘Naik Pelamin’ Lagi - “Kena Tunggu…”
VIRAL
Kes Zara Qairina: Peguam Dakwa Laporan Siasatan Lemah, Pincang
HOLLYWOOD
Pelakon The Walking Dead, Kelly Mack Meninggal Dunia Pada Usia 33 Tahun
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Kes Zara Qairina: Peguam Dakwa Laporan Siasatan Lemah, Pincang

Gempak
Gempak
06/08/2025
20:45 MYT
Sponsor Banner
Kes Zara Qairina: Peguam Dakwa Laporan Siasatan Lemah, Pincang
Pasukan peguam yang mewakili ibu kepada Allahyarham Zara Qairina Mahathir menegaskan bahawa terdapat kelemahan dan kepincangan serius dalam laporan siasatan yang telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Hamid Ismail dan Shahlan Jufri, siasatan yang dijalankan disifatkan terlalu kecil skopnya dan terhad fokusnya atas beberapa faktor penting yang diketepikan.
"Antaranya, bedah siasat tidak dilakukan terhadap jenazah Zara Qairina sebelum pengebumiannya. Pakaian dan barang peribadi yang dipakai oleh Zara Qairina semasa ditemui di bawah bangunan asrama pada 16 Julai lalu juga tidak diambil oleh polis untuk tujuan siasatan.
"Keterangan anak guam kami berkenaan kesan lebam di bahagian belakang tubuh Zara Qairina hanya diambil pada petang 3 Ogos dan 4 Ogos lalu di Balai Polis Sipitang," kata kenyataan itu pada Selasa.
Tambah kenyataan itu, pihak polis dipercayai tidak mempunyai bahan bukti mencukupi untuk menyiasat kes ini secara efektif kerana tiada laporan bedah siasat serta tiada pengambilan pakaian dan barang peribadi mangsa.
"Apatah lagi, wujud kekangan masa kerana laporan siasatan kes telah dihantar ke Putrajaya pada 4 Ogos (Isnin)," kata kenyataan itu.
Kenyataan tersebut merujuk kepada kenyataan media Jabatan Peguam Negara yang dikeluarkan pada Isnin, memaklumkan bahawa mereka telah menerima laporan penuh siasatan awal daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kes kematian Zara Qairina.
Pasukan peguam itu mewakili Noraidah Lamat, 45, ibu kepada Allahyarham Zara Qairina yang dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama sebuah sekolah agama di Papar pada 16 Julai lalu.
Topic Berkaitan
#Sabah
#Peguam
#Lemah
#Pincang
#Siasatan
#Zara Qairina
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement