HOLLYWOOD
Pelakon The Walking Dead, Kelly Mack Meninggal Dunia Pada Usia 33 Tahun
Bintang The Walking Dead Kelley Mack dilaporkan meninggal dunia pada USIA 33 tahun.
Mack meninggal dunia dalam keadaan tenang di kampung halamannya di Cincinnati, Ohio, Amerika Syarikat pada hujung minggu lalu, lapor CNN.
Mendiang meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit glioma atau tumor otak yang telah menyerang semua sistem saraf badannya, berikut kenyataan yang dikeluarkan kepada media.
“Adalah sesuatu yang sangat menyedihkan bagi kami untuk mengumumkan kematian Mack. Dia seorang yang ceria dan bersemangat namun sayangnya dia terpaksa ‘pergi’,” kata kenyataan tersebut lagi.
Sepanjang menjadi anak seni, Mack telah terlibat dengan lebih 35 karya dan lima penerbitan seperti kenyataan CaringBridge.
Dia terkenal sebagai Addy, wataknya dalam The Walking Dead musim kesembilan dan Penelope Jacbos dari Chicago Med musim kelapan serta karya 9-1-1.
Must-Watch Video