Siapa Iman Troye? Baru berusia 18 tahun, penyanyi ini muncul dengan single baharu berjudul Teman. Namanya kini menjadi sebutan ramai di media sosial.

Hal itu tak lain tak bukan kerana lirik video lagu Teman yang dimuatnaik di YouTube sehingga tarikh ini telah meraih jumlah tontonan lebih 2.8 juta.

Malah, muzik video lagu sama juga telah ditonton lebih 700,000 pengguna sejak dilancarkan tiga hari lalu.

Jom semak fakta-fakta menarik tentang Iman Troye!

1. Nama sebenarnya ialah Iman Alyssa Sahabudin dan kini baru berusia 18 tahun. Punyai jumlah pengikut seramai 985,000 di Instagram.

2. Sebelum ini, Iman kerap mencuri tumpuan menerusi lagu cover di laman sosial dan YouTube sebelum merakamkan single pertamanya berjudul Teman.

3. Menerusi sebuah temubual di stesen televisyen tempatan, Iman memberitahu nama Iman Troye mula dipanggil sejak berusia 14 tahun lagi dan cara sebutan Troye ialah 'Troy' (disenyapkan 'e').

4. Iman pernah menjadi model sambilan untuk beberapa jenama pakaian muslimah tempatan seperti Leeyanarahman.

5. Lagu Teman kini menduduki tangga keenam senarai lagu paling banyak distrim sepanjang awal Oktober 2020. Lagu itu telah mengalahkan Cute (Harith Zazman, MFMF, Loca B), Penat (Andi Bernadee) dan Terlanjur Cinta (Hael Husaini, Cakra Khan).


6. "Tak tahu kenapa tapi aku rasakan Iman Troye bakal jadi Nabila Razali 2.0," tulis salah seorang pengguna di Twitter.

7. Nama Iman Troye pernah terpalit kontroversi pada Mei lalu apabila berbaring atas pokok lanskap sekitar kawasan River of Life milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) demi penggambaran jenama fesyen pakaian muslimah.

BACA: Rosakkan Landskap River Of Life, Netizen Kecam Jenama Fesyen Tempatan Ini! - "Gigih Tu Biarlah Bertempat"

Apapun tahniah diucapkan kepada Iman yang semakin mencuri tumpuan dalam arena seni tanah air.

Jom layan muzik video Teman ni!