Pejam celik pejam celik, pertandingan nyanyian berkonsepkan misteri, The Masked Singer Malaysia telah masuk minggu suku akhir yang berlangsung di Shah Alam, Theatre.

Sebanyak tujuh orang peserta yang terdiri daripada barisan selebriti popular telah mempersembahkan suara masing-masing di pentas utama.

Minggu suku akhir menyaksikan Enggang mengungguli di tempat pertama dengan dendangan lagu Awan Yang Terpilu nyanyian asal Ning Baizura.

Reno yang dipakai oleh pelawak Chiwan pula terpaksa akur berada di kedudukan paling bawah dengan nyanyian lagu Khayalan dendangan asal kumpulan Ruffedge dan VE sekaligus tersingkir.

Berikut merupakan kedudukan para peserta mengikut peratusan markah yang diperoleh daripada para juri:

#1 Enggang (Awan Yang Terpilu/Ning Baizura) : 90%

#2 Bunga Raya (Mengapa/Nicky Astria) : 89%

#3 Orang Utan (Seksis/Anita Sarawak) : 84%

#4 Rafflesia ( Tiada Lagi Kidungmu/Lefthanded) : 81%

#5 Rajah Brooke (Akan Ku Tunggu/Candy) : 73%

#6 Wau (Hilang/Najwa Latif) : 72%

#7 Reno (Khayalan/Ruffedge & VE) : 72%


Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Zizan Razak, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Nabila Huda, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak memainkan peranan sebagai juri tetap.



Di samping itu, Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

Program The Masked Singer Malaysia dimeriahkan lagi dengan siri Live+ yang akan dihoskan oleh Izzue Islam dan Elly Ariffin.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.