gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Dahlia Rizal Tahu Tentang Kewajipan Baca Al-Fatihah Setiap Rakaat Solat Di Usia 15 Tahun - “Saya Sedih Sebab…”
HIBURAN
Senario Dedah Rahsia Kekal Relevan 30 Tahun - "Kami Tak Pernah Gaduh Besar, Semua Pandai Jaga Mulut & Hati"
SUKAN
Media Vietnam Puji Harimau Malaya Guna Pemain Warisan, Seru Persekutuan Guna Langkah Sama
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

BIG STAGE ALPHA

#BigStageAlpha: Datuk Syafinaz Selamat Kongsi Sebab Kemenangan Ariel Fesol - “Tapi Saya Pernah Tegur…”

gempak
Ainun Md Zooki
17/06/2025
08:55 MYT
Sponsor Banner
#BigStageAlpha: Datuk Syafinaz Selamat Kongsi Sebab Kemenangan Ariel Fesol - “Tapi Saya Pernah Tegur…”
Ketua juri Big Stage Alpha (BSA), Datuk Syafinaz Selamat berkongsi disebalik kemenangan bintang Alpha iaitu Ariel Fesol di pentas akhir program tersebut.
Jelas Syafinaz, Ariel menunjukkan potensi sebenar penyanyi itu dalam persembahan solo mahupun berkumpulan.
“Secara keseluruhan, Ariel Fesol menunjukkan persembahan yang sangat baik pada minggu akhir ini sama ada imdividu mahupun secara berkumpulan.

“Kita nampak dari awal penyertaan dalam pertandingan ini, kita nampak potensi tu tapi kita tidak nampak full potential until tonight sebab kalau kita tengok persembahan dia kalau secara solo bagus berkumpulan kurang sikit atau kumpulan bagus, persembahan solo kurang bagus tapi di pentas akhir ni kita nampak persembahan solo bagus dan berkumpulan juga bagus,” katanya kepada Gempak.

Tambah Syafinaz lagi, kekuatan Ariel adalah tenaga dan semangat yang sentiasa konsisten sepanjang persembahan.
Namun, dia turut menasihatkan agar Ariel belajar untuk mengimbangi tenaga agar ahli kumpulan yang lain tidak tenggelam.
“Energi Ariel memang sentiasa ‘on’. Baik secara solo atau berkumpulan, dia akan beri 100 peratus. Tapi saya pernah tegur juga, dia kena pandai kawal agar sejajar dengan ahli kumpulan lain. Dalam kumpulan, perlu ada keseragaman dan keserasian,” jelasnya.
Dalam pada itu, ketua juri itu juga memuji keputusan mengekalkan tujuh ahli dalam kumpulan ALPHA kerana gabungan itu berjaya menunjukkan kesepaduan yang kuat.
“Bila kita letak ketujuh-tujuh peserta itu di atas pentas, mereka nampak seperti satu pasukan. Tak nampak langsung siapa yang tercicir. Jadi, bila buat tujuh orang dalam kumpulan, kita nampak keserasian itu,” kongsinya.
Meskipun tamat dan berjaya debut sebagai sebuah kumpulan yang berjaya, Syafinaz turut memberikan nasihat bermakna buat seluruh ahli ALPHA agar terus merendah diri dan menjunjung tinggi nilai seni yang dibawa mereka.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua ahli kumpulan ALPHA kerana berjaya. Sekirannya, bila berjaya nanti jangan lupa dimana bumi berpijak dan jangan lupa diri kerana ini semua bukan dunia glamor sahaja.

“Bila kita bekerja dan masuk dalam industri ni, kamu semua adalah salah seorang anak seni yang perlu mempertahankan seni itu sendiri. Kita taknak orang pandangan remeh kepada kerjaya kita.
“Jadi, apabila mereka bertujuh lagi mudah tunjukkan ini adalah bukan lagi satu hobi tapi satu kerjaya yang boleh dibanggakan,” katanya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Pernah Impi Jadi Macam BTS, Ray-D Bangga Debut Bersama A7PHA - “Saya Memang Nak…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Tamatkan Penantian Selama 16 Tahun, Ariel Fesol Syukur Bergelar Juara - “Ini Adalah Momen Yang Saya…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ariel Fesol Tinggalkan Kerjaya Pramugara Demi Impian Jadi Penyanyi - “Bukan Tidak Bersyukur Tapi…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Bukan Keputusan Mudah! Permintaan OT7 Ditunaikan Selepas…

Topic Berkaitan
#Juara
#Datuk Syafinaz Selamat
#Big Stage Alpha
#Ariel Fesol
Must-Watch Video