Buat pertama kali, pelakon Ramona Zamzam memperkenalkan wajah bayi sulungnya selepas dilahirkan pada 7 Disember lalu.

Sebulan melahirkan, Ramona turut memperkenalkan nama bayi perempuannya iaitu Ivanna Alashkar.

Menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya Ramona berkongsi video saat pertama kali menatap wajah anaknya selepas selamat bersalin.

Meskipun tidak mendedahkan sepenuhnya wajah anaknya, namun rata-rata peminatnya teruja melihat hidung anaknya yang mancung dari sisi tepi.

Hello everyone! This video was taken when I was just 1 day old - Ivanna Alashkar ?? . #ivannaalashkar #halfmalayhalfpalestinian #mixedbaby

A post shared by Ramona Z Alashkar (@ramona_zamzam) on


Sementara itu, menerusi akaun IG rasmi HLive telah berkongsi maksud nama puteri Ramona iaitu hadiah terindah dari Tuhan.

Ramona yang berkahwin dengan seorang warga Palastin, Rami Alashkar itu melahirkan bayinya seberat 3 kilogram (kg) di Hospital Colombia, Setapak.

Istimewa buat peminat Ramona Zamzam, kami kongsi gambar saat Ramona selamat melahirkan bayi perempuannya yang diberi nama Ivanna Alashkar yang membawa maksud hadiah terindah dari tuhan. Bayi seberat 3.0kg ini telah selamat dilahirkan pada 7 Disember 2017 jam 3:23pm di Columbia Asia, Setapak. #hlive #kamikongsi

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on


Foto: Instagram Ramona Zamzam/ Official HLive