Pelawak Abam Bocey dan isteri Siti Norhidayah menyambut kelahiran bayi lelaki pertama di Hospital Selayang, malam tadi.
Berita gembira beserta sekeping foto itu dikongsi Abam menerusi laman Instagramnya.
Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 31, melahirkan rasa bersyukur dan berterima kasih pada mereka yang mendoakan keselamatan isterinya.
“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak lelaki. Allahuakbar!
“Terima kasih yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak kami. Terima kasih juga kepada jururawat dan doktor hospital Selayang. Anda semua terbaik. Alhamdulillah,” tulisnya.
Abam dan isteri, Siti Norhidayah disatukan pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.