Skip to main content

Budaya Popular

"Aduh Kenapa Best Sangat Ni?" - Peminat Puji Lagu Penindas, Pilihan Tepat Untuk Filem Wira!

wira33.jpg

Biarpun baru beberapa hari dimuat naik di YouTube rasmi Rocketfuel, namun lagu tema bagi filem aksi Wira berjudul Penindas telah mendapat sambutan dalam kalangan pendengar.

Sehingga artikel ini ditulis, video muzik lirik Penindas telah ditonton sebanyak 25,793 kali.

Advertisement

Dinyanyikan oleh penyanyi Ara Johari dan Waris, lagu tersebut dihasilkan oleh Ziin sebagai komposer manakala lirik daripada Wan dan Waris.

Menerusi ruang komen, rata-rata pendengar dilihaat sangat berpuas hati dengan persembahan Ara dan Waris dalam lagu ini.

Tidak kurang juga menyifatkan lirik dan melodi lagu tersebut sangat bertepatan dengan filem Wira yang bakal ditayangkan Khamis ini.

Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.

Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.

Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.

Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 21 November ini.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video