Skip to main content

Selebriti

Insomniacks Anggap Peluang Buat ‘Opening’ Di Konsert 5SOS Bagai ‘Bulan Jatuh Ke Riba’, Tak Sabar ‘Perform’ 4 Disember Nanti

Insomniacks Anggap Peluang Buat ‘Opening’ Di Konsert 5SOS Bagai ‘Bulan Jatuh Ke Riba’, Tak Sabar ‘Perform’ 4 Disember Nanti

Sekilas

  • Insomniacks anggap peluang jadi pembukaan konsert 5 Seconds of Summer (5SOS) sebagai impian yang jadi kenyataan.
  • Mereka berkongsi perasaan teruja dan bercampur baur ketika menerima tawaran tersebut.
  • Insomniacks akan buat persembahan pembukaan sekali lagi pada konsert kedua 5SOS di Malaysia pada 4 Disember nanti.
Advertisement

Kumpulan pop terkenal, Insomniacks menyifatkan peluang untuk membuat persembahan ‘opening’ bagi konsert kumpulan antarabangsa, 5 Seconds of Summer (5SOS) sebagai impian yang akhirnya menjadi kenyataan.

Menurut Insomniacks, peluang tersebut samgat bermakna buat mereka kerana 5SOS merupakan antara inspirasi utama mereka memulakan karier nyanyian.

Advertisement

“Macam mimpi jadi realiti kerana perkara ini memang kami impikan dari dulu lagi.

“Dari hari pertama kami tubuhkan band ini kami bercita-cita nak buat persembahan pembukaan bagi 5SOS.

“Tanpa 5SOS mungkin kami tak akan tubuhkan band ini. Kemudian rezeki dapat tawaran ini, memang rezeki,” kata mereka kepada Gempak.

Advertisement

Insomniacks berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran Insomniacks X High Cultured bertempat di Central I-City, Shah Alam pada Ahad.

Berkongsi mengenai reaksi ketika menerima tawaran tersebut, Insomniacks mengakui perasaan mereka bercampur-baur dek kerana terlalu seronok dan teruja.

“Semua emosi ada. Terkejut, takut semua ada.

“Teruja jangan cakaplah, macam-macam kami rasa,” tambah mereka.

Dalam pada itu, pelantun lagu Love Me Or Not ini memaklumkan mereka juga tidak sabar untuk melakukan persembahan pembukaan di konsert kedua 5SOS di Malaysia pada 4 Disember depan.

“Dan untuk konsert kedua 5sos pada 4 Disember nanti kami juga akan membuat persembahan pembukaan.

“Ketika ini kami sangat teruja dan akan berikan yang terbaik. Tak sabar nak bergambar kerana tak berpeluang pada konsert yang lalu,” kongsi mereka.

Terdahulu, Insomniacks yang dianggotai Iqie, Iskandar dan Danial telah mendendangkan lagu Pulang dan Igauan Malam pada persembahan pembukaan di konsert 5SOS yang bertempat di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 17 November lalu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Manchester United 25/26 Pre Match Jersey Men Black KA6419

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement