Skip to main content

Budaya Popular

Alami Kecederaan Ketika PE3, Shaheizy Sam Tetap Teruskan Penggambaran

sam.jpg
Aktor Shaheizy Sam mengalami kecederaan di bahagian otot ketika menjalani penggambaran filem Polis Evo 3.

Menurut Sam kecederaan itu tidak serius kerana terdapat ahli fisioterapi yang banyak membantu.

"Bila badan dah keras, lama tak berlatih mesti ada kecederaan yang dialami.

"Saya pulak sejenis yang suka redah, tak panaskan badan terlebih dahulu. Saya taknak mengaku yang diri ini dah makin tua.

"Alhamdulillah kita ada ahli fisioterapi yang sentiasa bersedia di set penggambaran.

"Jadi apabila ada rasa sakit memang saya pergi dekat mereka.

"Penggambaran tetap saya teruskan macam biasa," katanya kepada Gempak.



Sam ditemui di lokasi penggambaran filem Polis Evo 3 di Jalan Ampang.

Dalam pada itu, suami kepada aktres Syatilla Melvin mendedahkan dia menggunakan 'stunt double' untuk aksi merbahaya.

"Ada sedikit aksi 'stunt' yang dilakukan sendiri oleh saya.

"Namun jika babak itu risikonya agak tinggi, mereka memilih untuk gunakan 'stunt double'.

"Pihak produksi pun tidak membenarkan saya untuk melakukan sendiri," katanya lagi.

Filem Polis Evo 3 merupakan usaha sama Astro Shaw dan Skop Production.

Selain Sam, filem ini turut dibintangi Zizan Razak, Syafiq Kyle, Sharnaaz Ahmad, Fara Ali Khan, Nora Danish dan ramai lagi. 
 

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement