Skip to main content

Hiburan

Mualim Muda 2: "Populariti Memang Penting, Tetapi..." - Kamilin Jamilin

Mualim Muda 2: "Populariti Memang Penting, Tetapi..." - Kamilin Jamilin

Sekilas

  • Dr Kamilin Jamilin mengingatkan pendakwah supaya tidak terlalu mengejar populariti sehingga mengabaikan tanggungjawab sebenar dalam menyampaikan ilmu agama.
  • Beliau menegaskan pendakwah tidak seharusnya menyamakan diri dengan selebriti kerana matlamat utama dakwah adalah meraih keredaan Allah SWT dan kebahagiaan di akhirat.
  • Populariti boleh menjadi ujian apabila pendakwah terlalu memikirkan pandangan masyarakat sehingga sanggup mengetepikan prinsip demi mengekalkan sokongan.
Advertisement

Juri tetap Mualim Muda 2, Dr Kamilin Jamilin mengingatkan golongan pendakwah agar tidak terlalu mengejar populariti sehingga mengabaikan tanggungjawab sebenar dalam menyampaikan ilmu agama.

Menurut Dr Kamilin, populariti sememangnya memainkan peranan penting dalam membantu seseorang pendakwah dikenali masyarakat sekali gus memudahkan mesej dakwah disampaikan kepada orang ramai.

Advertisement

Bagaimanapun, dia menegaskan bahawa pendakwah tidak seharusnya menyamakan kedudukan mereka dengan selebriti kerana matlamat utama dakwah adalah untuk meraih keredaan Allah SWT dan kebahagiaan di akhirat.

"Kalau kita melihat dari sudut populariti, memang tidak dinafikan bahawa ia memainkan peranan untuk membolehkan seseorang itu lebih dikenali.

"Dalam kebiasaan masyarakat Malaysia, mereka lebih cenderung untuk mendengar dan memberikan perhatian kepada individu yang sudah dikenali.

Advertisement

"Bagaimanapun, ada satu sudut yang sangat penting untuk direnungkan oleh para pendakwah.

"Walaupun kita berada dalam dunia televisyen dan mungkin suatu hari nanti dikenali sebagai ustaz selebriti, kita tidak boleh menyamakan kedudukan pendakwah dengan selebriti atau artis biasa," katanya.

Dalam pada itu, Dr Kamilin turut mengingatkan tentang bahaya menuntut ilmu agama semata-mata untuk mendapatkan perhatian dan pujian manusia.

"Ada satu peringatan daripada Nabi SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah, sesiapa yang menuntut ilmu dengan tujuan supaya manusia memberikan perhatian kepadanya, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.

"Itulah perkara yang kita bimbangkan," ujarnya.

Tambahnya, populariti bukanlah syarat utama untuk seseorang menjadi pendakwah kerana setiap individu mempunyai peranan tersendiri dalam memberikan manfaat kepada masyarakat.

Malah, ada individu yang tidak dikenali ramai tetapi sumbangan dan kebaikan mereka begitu besar sehingga mungkin lebih dikenali oleh makhluk di langit.

"Ramai individu yang tidak dikenali masyarakat, tetapi masya-Allah, mereka memberikan manfaat yang sangat besar kepada orang ramai.Mungkin mereka tidak dikenali oleh manusia di bumi, tetapi dikenali oleh makhluk di langit.

"Pada masa yang sama, ada juga individu yang sangat popular di muka bumi, tetapi sebenarnya tidak memberikan manfaat yang besar kepada masyarakat," jelasnya.

Mengulas lanjut, Dr Kamilin berkata populariti juga boleh menjadi ujian apabila seseorang pendakwah mula terlalu memikirkan pandangan masyarakat sehingga sanggup mengetepikan prinsip sendiri demi mengekalkan sokongan.

Keadaan itu dikhuatiri menyebabkan seseorang pendakwah tidak lagi berani menegur kemungkaran atau menyampaikan perkara yang benar kerana bimbang kehilangan pengikut dan perhatian orang ramai.

Oleh itu, dia menyifatkan cabaran terbesar seorang pendakwah bukanlah untuk mendapatkan populariti, sebaliknya memastikan hati tidak terlalu menginginkan perhatian manusia.

"Populariti memang penting, tetapi cabarannya adalah bagaimana kita memastikan hati tidak terlalu menginginkan populariti.

"Pada masa yang sama, kita perlu menggunakan populariti yang dimiliki untuk melakukan kebaikan.

"Itulah ujian paling besar bagi seorang pendakwah," katanya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement