Skip to main content

Kpop

Semangat Borahae! Sasar RM43,000 Untuk ‘Light Up’ Kuala Lumpur Sempena Sambut BTS, ARMY Malaysia Dah Berjaya Kumpul Lebih RM25,000

Semangat Borahae! Sasar RM43,000 Untuk ‘Light Up’ Kuala Lumpur Sempena Sambut BTS, ARMY Malaysia Dah Berjaya Kumpul Lebih RM25,000

Sekilas

  • ARMY Malaysia sedang menjalankan projek Boraland KL Light Up Project dengan sasaran kutipan dana RM43,000 untuk menyambut kehadiran BTS di Malaysia.
  • Projek ini melibatkan pencahayaan di TS Law Tower dan RAC Sentral Tower serta telah berjaya mengumpul lebih RM25,000 setakat ini.
  • BTS akan mengadakan konsert jelajah BTS World Tour ‘Arirang’ pada 12 dan 13 Disember di TM Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Advertisement

Semangat Borahae dalam kalangan peminat kumpulan K-pop terkenal dunia, BTS, sememangnya luar biasa apabila ARMY Malaysia kini giat menjayakan projek khas menerusi kempen Boraland KL Light Up Project.

Projek berkenaan yang menggabungkan inisiatif pencahayaan di TS Law Tower dan RAC Sentral Tower itu berjaya mengumpul dana sebanyak lebih RM25,000 setakat ini.

Advertisement

Difahamkan, projek yang diusahakan oleh ARMY Malaysia itu menyasarkan kutipan dana sebanyak RM43,000 bagi merealisasikan usaha berkenaan sebagai tanda sokongan dan sambutan kehadiran BTS di negrara ini.


 

Pencapaian tersebut sekali gus memperlihatkan semangat serta kesungguhan peminat tempatan dalam menyambut kumpulan kesayangan mereka menerusi sebuah projek istimewa.

Advertisement

Dengan baki kurang RM20,000 lagi untuk mencapai sasaran, ARMY Malaysia diharapkan terus memberikan sokongan bagi memastikan projek Boraland KL Light Up Project dapat direalisasikan seperti dirancang.

BTS dianggotai oleh tujuh anak muda berbakat iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimim, V dan Jung Kook.

BTS akan hadir ke Malaysia untuk siri jelajah BTS World Tour ‘Arirang’ yang dijadualkan berlangsung pada 12 dan 13 Disember ini di TM Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement