HIBURAN
Artis Cilik Jay Nazif Terima Sokongan Baik Dari Guru Besar
Selebriti cilik, Muhammad Nazif Ihsan, 10, atau lebih dikenali sebagai Jay menceritakan dirinya sering menerima sokongan yang baik daripada guru besar sekolahnya.
Menurut Jay, sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan, dia tidak pernah mengalami masalah untuk mendapatkan perlepasan dari pihak sekolah untuk ke lokasi penggambaran.
"Guru-guru di sekolah saya terutamanya guru besar saya, Tn Ramlee Abu Bakar sentiasa memberi sokongan terhadap penglibatan saya dalam dunia seni.
"Bukan setakat itu, guru besar saya pernah menghantar saya ke Kuala Lumpur untuk sebuah program TV, ketika itu kami berada di Pulau Pinang," katanya.
Jay ditemui di Kempen Johara Tour bertempat di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada Sabtu lepas.
Artis cilik ini belajar di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya, Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Jay mula dikenali selepas kemunculannya dalam drama Mak Cun 4 dan kini dan bakal tampil dengan single terbaru tidak lama lagi.
Must-Watch Video