Pelakon, Puteri Aishah mengakui agak sukar memastikan rumah sentiasa kemas dan bersih sejak mempunyai anak kecil, Muhammad Faliq.
Menerusi perkongsian di Threads, Aishah berkata dia tetap gembira apabila dapat mengemas rumah, walaupun keadaan itu mungkin tidak bertahan lama.
Malah, dia turut berseloroh akan menjeling anaknya sebagai tanda supaya Faliq tidak membuat rumah bersepah semula.
“Bila dah ada anak kecil ini susah betul nak kemas rumah. Dulu saya tak suka rumah sepah-sepah tapi sejak ada Faliq, kena lah tahan.
“Alhamdulillah dapat kemas bilik harini. Sejuk mata memandang barang-barang tersusun kemas. Walaupun kejap lagi akan sepah balik.
“Tidak mengapalah, janji dah 'deep cleaning' tadi. Pandai-pandai lah saya jengil mata bagi Faliq takut nak buat sepah untuk sekurang-kurangnya 24 jam. Awas Faliq!,” tulisnya.
Sekadar info, Aishah mendirikan rumah tangga bersama Firdaus, yang juga seorang ahli perniagaan, pada 21 November 2021.
Hasil perkahwinan itu, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Faliq yang dilahirkan pada 4 April 2024.