Skip to main content

Hiburan

Badan Sakit-Sakit Hingga Sukar Bernafas, Kak KM Dedah Alami Gangguan Kesihatan Sejak 4 Bulan Lalu

Badan Sakit-Sakit Hingga Sukar Bernafas, Kak KM Dedah Alami Gangguan Kesihatan Sejak 4 Bulan Lalu

Sekilas

  • Liana Rosli atau Kak KM mendedahkan dia mengalami gangguan kesihatan sejak tiga hingga empat bulan lalu yang menjejaskan rutin harian dan kerja.
  • Dia memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci bagi mengelakkan spekulasi dan tuduhan terhadap individu tertentu.
  • Kak KM pernah cuba rawatan alternatif tetapi kecewa dengan kos tinggi, dan kini mendapatkan air tawar daripada anak tahfiz yang membantu memperbaiki keadaannya.
Advertisement

Personaliti media sosial dan usahawan, Liana Rosli atau lebih mesra disapa sebagai Kak KM mendedahkan dirinya mengalami gangguan kesihatan sejak tiga hingga empat bulan lalu sehingga menjejaskan rutin harian serta urusan pekerjaannya.

Menurut Kak KM, dia bagaimanapun memilih untuk tidak terlalu bercerita mengenai perkara tersebut kerana tidak mahu timbul sebarang spekulasi atau tuduhan terhadap individu tertentu.

Advertisement

“Memang ada, tapi saya cuba untuk tidak terlalu berbunyi sebab tak mahu orang tanya siapa yang buat. Nanti jadi fitnah pula. Tapi apa yang saya boleh cakap, saya memang tak berapa sihat dua tiga bulan ini. Bila Maghrib sampai esok pagi saya tak boleh tidur.

“Saya dah kena tiga, empat bulan. Saya susah nak tidur dan tak boleh bernafas, rasa sakit-sakit badan. Lepas itu kita tak ada mood nak buat kerja, semua benda tak nak,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Kak KM mengakui pada awalnya dia tidak begitu mempercayai perkara berkaitan gangguan mistik, meskipun menyedari kewujudan perkara tersebut.

Advertisement

Malah, dia pernah cuba mendapatkan rawatan alternatif, namun pengalaman kurang menyenangkan apabila diminta membayar sehingga RM8,000 menyebabkan dirinya semakin ragu-ragu untuk meneruskan rawatan berkenaan.

“Saya sebenarnya tak percaya, sebab pernah cuba dapatkan rawatan alternatif tapi bila dengar nama saya mereka dah minta RM8,000.

“Jadi saya sampai tak percaya, cuma saya tahu benda mistik itu wujud. Jadi pernah dapat air tawar daripada anak tahfiz. Alhamdulillah semakin baik,” ujarnya.

Tambah Kak KM, gangguan kesihatan tersebut hanya dialaminya seorang, namun dia turut mendakwa beberapa pekerja di kedainya kadangkala mengalami sakit-sakit badan.

Bagaimanapun, Kak KM tidak menuding jari kepada mana-mana pihak dan memilih untuk tidak membuat sebarang tuduhan yang boleh mencetuskan fitnah.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement