HIBURAN
Bapa Joe Flizzow Meninggal Dunia
Bapa kepada penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow yang juga bekas personaliti televisyen, Ishak Nengah, 65, disahkan meninggal dunia pada jam 12.45 tengah hari tadi.
Menghidap penyakit barah hidung sejak tujuh tahun lalu, Ishak yang pernah berkhidmat dengan RTM dan TV3 itu meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Sepanjang tempoh tersebut, sel barah tersebut telah merebak ke seluruh tubuh badannya yang menjejaskan fungsi hampir keseluruhan organ dalaman,” kata isterinya, Aishah Ali.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Darul Ehsan Subang Jaya untuk dikafan dan disembahyangkan serta dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam MPSJ USJ22.
Allahyarham meninggalkan tiga orang anak iaitu tiga anak iaitu Johan (Joe Flizzow), 38, Ashraf, 35 dan Iman, 28.
Sumber: Utusan
Foto: Utusan & Mstar
Must-Watch Video