HIBURAN
"Bila Cukup Masa Nanti Barulah..." - Azad Jasmin Beri Masa Untuk Eira Syazira Hamil Lagi
Pelakon Azad Jasmin tidak mahu tergesa-gesa dalam soal merancang untuk mendapatkan cahaya mata ketiga bersama isterinya, pelakon Eira Syazira.
Menurut Azad, dia mahu memberi masa kepada Eira kerana memahami jadual kerjanya yang sibuk.
"Eira ada komitmen di Indonesia, jadual kerjaya seninya di sana agak padat, jadi kami harus merancang dengan sebaiknya mengenai perkara ini.
"Saya mahu dia nikmati dahulu apa yang dia inginkan dalam kerjayanya, saya tidak mahu bersikap terburu-buru dalam soal menambah cahaya mata.
"Bila cukup masa nanti, barulah kami akan berusaha untuk mendapatkan anak keempat," selorohnya kepada Gempak.
Eira dan Azad telah mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, Ameisya Leann Rose dan Areisya Suri Rose.
Must-Watch Video