Skip to main content

Budaya Popular

"Doakan Perjalanan Kami Selamat Pergi & Balik .." - Haziq Hussni Bawa Isteri Tunai Umrah

haziq_2.jpg
Penyampai radio dan pengacara Haziq Hussni telah selamat berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada Sabtu lalu (28 Disember).

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, Haziq memohon semoga perjalanannya bersama isteri, Ayunda Putri ke tanah suci akan dipermudahkan.

Dalam pada itu, Haziq turut  mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua yang mengenali dirinya atas kesilapan kata dan kelakuan.

"Assalamualaikum. InsyaAllah saya dan @ayundaputrii akan berangkat ke Mekah pagi ni. 

"Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Saya mohon ampun maaf kalau ada terlukakan hati kalian sepanjang kita kenal. Love you guys!" tulisnya.
 

Peminat dan rakan selebriti turut mendoakan agar urusan pengacara itu dipermudahkan dan mendapat umrah yang mabrur.

Selain Haziq, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama anakandanya turut berada di sana.

BACA: “Semoga Allah Terima Umrah Kami” - Raja Permaisuri Agong & Anakanda Tunai Umrah

Advertisement

Must-Watch Video