Penyanyi Linda Rafar meluahkan rasa sedih apabila ditipu oleh individu yang dipercayainya dalam perniagaan.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram (IG) miliknya, Linda mendedahkan individu berkenaan tidak ingin membayar hasil keuntungan yang telah diperoleh.
"Allahuakbar..Seronok sangat dapat niaga di Singapura @megaxpress.
"Produk Linda memang ditunggu-tunggu orang di Singapura. Laku habis tiga hari di sana..
"Tapi yang sedih Linda ditipu bulat-bulat dengan orang yang yang Linda percayai untuk sama-sama niaga di Singapura.
"Duit keuntungan dia tak nak bayar pada Linda... Sampai tahap dia fitnah Linda macam-macam.
"Ya Allah sampainya hati.. begitulah, memang hati manusia sukar diramal," tulisnya.
Tambah Linda dia akui selepas kejadian terbabit dia mempunyai rasa fobia untuk mempercayai orang lain.
"Lepas kejadian itu Linda terus fobia nak percaya orang lagi..
"Cuma Linda rasa terkejut lepas event di Singapura nama product Linda tak boleh masuk Singapura.
"Tak tahulah siapa pula yang sabotaj. Harap kawan-kawan Linda kat sini yang selalu berniaga di Singapura boleh tolong siasat siapa dalang yang boikot product Linda ni.
"@azzazawari @abbyabadi112 @ifa_raziah @beego_linda @lindabeego @hisyamhamid7 @melrosehanafi need ur help to check with organiser why tiba-tiba product Linda tak boleh masuk Singapura," tulisnya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya menyuruh Linda bersabar serta lebih berhati-hati selepas ini.