Skip to main content

Hiburan

Digelar Suami ‘Green Forest’, Dini Schatzmann Enggan Ambil Komen Netizen Secara Peribadi - “Mungkin Mereka Melihat…”

Dini Schatzmann

Sekilas

  • Dini Schatzmann tidak mengambil serius komen netizen sama ada positif atau negatif kerana mereka tidak tahu keseluruhan cerita.
  • Dia mengakui dirinya bukan manusia sempurna walaupun sering digelar suami ‘green forest’ di media sosial.
  • Dini lebih fokus pada rumah tangga bersama isteri, Janna Nick, dan berusaha menjadi versi terbaik untuknya.
Advertisement

Digelar suami yang ‘green forest’, pelakon Dini Schatzmann bagaimanapun berkata dia lebih selesa untuk tidak mengambil komen netizen yang positif atau negatif secara peribadi.  

 

Advertisement

Suami kepada pelakon dan pengacara Janna Nick itu juga berpendapat netizen hanya melihat apa yang ditonjolkan di media sosial namun dia menganggap dirinya bukan manusia yang sempurna.  

 

“Ada sahaja yang mengatakan saya ‘green forest’, mungkin ada juga yang mengatakan saya ‘red flag’. Seperti yang saya katakan, apabila orang bercakap mengenai saya atau Janna, sama ada perkara baik atau buruk, saya tidak mengambilnya secara peribadi.

Advertisement

 

“Itulah diri saya. Saya tidak mengambil komen orang terlalu peribadi, sama ada positif atau negatif kerana tiada siapa yang mengetahui keseluruhan cerita. Mungkin mereka melihat saya sebagai ‘green forest’ di media sosial, tetapi saya bukanlah manusia yang sempurna.

 

“Jadi, buat apa saya mahu berasa, ‘Oh, orang kata saya green forest. Ya, saya green forest, saya suami nombor satu.’ Tidak, saya bukan manusia yang sempurna,” katanya kepada Gempak

 

Dini berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pengumuman isterinya, Janna sebagai duta rasmi 3Days x Turun KG season 2 di Hotel Le Meridien Putrajaya, pada Selasa. 

 

Dalam pada itu, pelakon berusia 32 tahun tersebut memberitahu dia tidak mahu terikat dengan komen netizen dan hanya ingin memberi tumpuan kepada rumah tangganya bersama Janna. 

 

“Kita tidak boleh mengambil komen orang terlalu peribadi kerana mereka tidak mengetahui keseluruhan cerita, sama ada komen itu negatif atau positif.

 

“Saya cuba untuk tidak terlalu terikat dengan komen mereka, sebaliknya lebih memberikan tumpuan kepada perkahwinan saya dan memastikan saya dapat menjadi versi terbaik diri saya buat isteri. Saya rasa itu perkara yang paling penting,” ujarnya lagi. 

 

Untuk rekod, Dini mendirikan rumah tangga dengan Janna yang juga seorang penyanyi pada 10 Jun 2023. 

Anda mungkin berminat dengan

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

ELGINI E16394 Seluar Legging Kembang Berskirt Wanita S-XXL | Women's Skirted Flare Leggings

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

PERFUME VIYOUNA MINYAK WANGI SAIZ PERJALANAN 12ML | TAHAN LAMA DAN MESRA SOLAT

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

(BELLAHAZAHA) KAFTAN DRESS LENGAN 3 SUKU, KUALITI UPGRADE, BAJU TIDUR PEREMPUAN, KAIN SERAP PELUH

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement