Skip to main content

Hiburan

Gabung Muzik & Fesyen, Insomniacks Lancar Koleksi Istimewa Bersama Jenama Streetwear Tempatan Terkenal

Gabung Muzik & Fesyen, Insomniacks Lancar Koleksi Istimewa Bersama Jenama Streetwear Tempatan Terkenal

Sekilas

  • Insomniacks telah bekerjasama dengan jenama streetwear tempatan, High Cultured, untuk menghasilkan koleksi pakaian berinspirasikan album terbaru mereka, KAMI INSOMNIACKS.
  • Anggota kumpulan turut terlibat dalam proses reka bentuk, memastikan koleksi itu mencerminkan identiti muzik dan tema persahabatan serta perkembangan mereka.
  • Koleksi ini juga menjadi kolaborasi pertama Insomniacks dengan jenama tempatan dan dipersembahkan dalam konsert pembukaan 5 Seconds of Summer di Malaysia.
Advertisement

Kumpulan pop terkenal, Insomniacks kini melebarkan sayap mereka dalam dunia desuen apabila bergabung dengan jenama streetwear tempatan terkenal, High Cultured untuk menghasilkan koleksi pakaian yang pastinya dinanti-nantikan peminat.

Kerjasama itu menyaksikan kedua-dua pihak menghasilkan koleksi pakaian yang diinspirasikan daripada album terbaharu Insomniacks berjudul KAMI INSOMNIACKS.

Advertisement

Menariknya, anggota kumpulan itu turut terlibat dalam proses penghasilan rekaan dengan berkongsi idea serta menentukan hala tuju kreatif koleksi berkenaan.

Menurut Insomniacks, mereka melihat gaya yang dibawakan High Cultured bersesuaian dengan identiti muzik dan konsep album terbaharu mereka.

“Kami rasa gaya High Cultured memang sesuai dengan vibe album terbaharu kami, KAMI INSOMNIACKS. Kami sangat teruja apabila berpeluang bekerjasama dan menghasilkan koleksi yang boleh disesuaikan dengan identiti kami sendiri. Seronok dapat menggabungkan muzik dengan fesyen dan berkongsi sesuatu yang lebih peribadi dengan peminat,” kata Insomniacks.

Advertisement

Menerusi kolaborasi itu, elemen persahabatan, perjalanan dan perkembangan Insomniacks yang menjadi antara tema dalam album tersebut turut diterapkan dalam konsep rekaan.

Kumpulan itu juga mengakui peminat menjadi antara perkara utama yang diberikan perhatian sepanjang proses menghasilkan koleksi berkenaan.

“Semasa mereka bentuk koleksi ini, kami sentiasa memikirkan peminat kerana merekalah yang terus menyokong perjalanan kami. Kami berharap setiap rekaan terasa istimewa dan menjadi cara kecil untuk peminat rasa lebih dekat dengan Insomniacks,” tambah kumpulan itu.

Dalam pada itu, kerjasama berkenaan turut mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi kolaborasi pertama Insomniacks bersama jenama pakaian tempatan, selain projek direct-to-retail pertama Universal Music Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif High Cultured, KC Teo berkata, kerjasama itu merupakan peluang untuk menggabungkan dua cabang kreatif iaitu muzik dan fesyen, selain meraikan bakat tempatan.

“Bagi kami, streetwear lebih daripada sekadar fesyen. Ia berkait dengan identiti, kreativiti dan budaya yang menyatukan orang ramai. Insomniacks membawa semangat yang sama. Dengan pelancaran album KAMI INSOMNIACKS, kami rasa inilah masa yang tepat untuk menggabungkan dua dunia kreatif dan meraikan bakat Malaysia,” katanya.

Kolaborasi itu turut dibawa ke pentas apabila Insomniacks mengenakan beberapa rekaan daripada koleksi berkenaan ketika membuat persembahan pembukaan konsert 5 Seconds of Summer di Malaysia pada 17 November lalu.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement