HIBURAN
"Hidup Gila Watak, Tak Kayu... Suka!" - Peminat Puji Lakonan Amelina
Selain terkenal sebagai penyanyi dangdut, bintang Gegar Vaganza musim kelima, Amelina, 45, turut mempunyai bakat lakonan.
Mungkin peminat jarang menyaksikan lakonan Amelina, tetapi wanita yang berstatus ibu tunggal ini sememangnya mempunyai kebolehan untuk bergelar pelakon.
Sebelum ini, pemilik nama sebenar Norazlina Amir Sharipuddin pernah membintangi sitkom Sambal, telefilem Diva Raya dan drama bersiri Kariah Cak Pong.
Terbaru, bakat lakonan pelantun lagu Semakin Hari Semakin Asyik ini boleh disaksikan dalam drama bersiri yang sedang hangat bersiaran di slot Megadrama, Patah Sayap Bertongkat Paruh.
Menerusi pemerhatian Gempak di ruangan komen laman sosial Instagram Amelina, gaya lakonan bersahaja dalam membawakan watak Maznah mendapat respon positif netizen.

Patah Sayap Bertongkat Paruh merupakan drama bersiri terbitan Zeel Production dan skripnya hasil karya Marr Mohamad bersama Lynnda Sharudin.
Drama bersiri itu merupakan hasil adaptasi novel berjudul sama karya novelis Hana Ilhami.
Selain Amelina, drama ini menampilkan gandingan Datuk Aaron Aziz, Fasha Sandha, Zarul Husin, Aman Aziz, Elly Mazlein, Cat Farish, Jalil Hamid dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan Patah Sayap Bertongkat Paruh arahan Along Kamaludin setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.
Gunakan hashtag #PatahSayapBertongkatParuh untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
Must-Watch Video