Budaya Popular Isu Layanan Jururawat, KKM Ambil Serius Aduan Linda Rafar Mya Amri 29/12/2018 | 12:07 MYT KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA ISU TULAR ADUAN LAYANAN ANGGOTA KESIHATAN TERHADAP WARIS PESAKIT DAN PENJAGAAN PESAKIT DI WAD Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum dan memandang serius tentang isu yang tular di media sosial berkaitan aduan layanan yang diberikan jururawat terhadap waris pesakit dan penjagaan pesakit di sebuah wad di Hospital Shah Alam. Pihak Hospital Shah Alam telah mengadakan perjumpaan dengan pengadu dan seorang ahli keluarga pesakit secara tertutup pada 28 Disember 2018 jam 10.30 pagi bersama wakil pengurusan tertinggi hospital, wad dan pakar perubatan yang terlibat. Dalam pertemuan tersebut, pihak hospital telah pun memberikan penjelasan dan jaminan bahawa siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca masalah dan seterusnya mengambil maklum beberapa perkara yang dirasakan wajar bagi menambahbaik mutu perkhidmatan di hospital. Di kesempatan ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Selangor juga ingin mengingatkan masyarakat bahawa mengambil gambar atau video tanpa kebenaran di premis Kementerian Kesihatan adalah dilarang sama sekali. Begitu juga dengan kekerasan terhadap anggota kesihatan, samada kekerasan fizikal, lisan ataupun bertulis (termasuk di media sosial), iaitu selaras dengan Garis Panduan Mencegah dan Menangani Kekerasan Terhadap Anggota di Fasiliti KKM. Ini terutama memandangkan terdapat pelbagai saluran aduan yang boleh dibuat secara rasmi, di mana ianya akan diteliti dengan sewajarnya. Pihak JKN juga memohon agar orang ramai tidak membuat andaian dan spekulasi bagi mengelakkan implikasi negatif kepada keluarga pesakit dan seterusnya kepada kakitangan hospital. Pihak JKN dan Hospital Shah Alam akan menyusuli perkara ini dengan pihak pengadu dan jabatan berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik bagi kesejahteraan pesakit dan warga kerja KKM. Sekian, terima kasih DATO’ DR. HJ. KHALID BIN HJ. IBRAHIM Pengarah Kesihatan Negeri Selangor 28 Disember 2018 A post shared by Kementerian Kesihatan Malaysia (@kementeriankesihatanmalaysia) on Dec 28, 2018 at 6:32am PST Topik Berkaitan #Viral #Linda Rafar #Viral #Nurse Must-Watch Video Read more