Skip to main content

Budaya Popular

“Kalau Nothing Changes Saya Tak Tau Nak Cakap Apa” – Sharifah Amani Ucap Tahniah Datuk Hans Pengerusi FINAS

amani-hans-finas.jpg
Pelakon, Sharifah Amani mengucapkan sekalung tahniah kepada Datuk Hans Isaac yang dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April lalu.
 
Amani menerusi akaun Twitternya berharap dengan pelantikan Hans itu dapat memberi pembaharuan untuk industri filem tanah air.
 
“Tahniah Hans. Sekarang kita ada CEO, Pengerusi & a whole board of advisors from the industry.
 
“People who know the issues & struggles first hand. Kalau nothing changes saya tak tau nak cakap apa lah. Selamat bertugas semua! Hans Isaac dilantik pengerusi Finas,” tulisnya.  
Terdahulu, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan pelantikan tersebut semalam.
 
KKMM dalam kenyataannya berkata, Hans mempunyai pengalaman luas dalam bidang perfileman dan terkenal sebagai seorang pelakon, penerbit dan pengarah filem.
 
Hans juga telah berkecimpung dalam industri hiburan hampir 25 tahun.
 
Foto: Instagram @sharifah_amani

Advertisement

Must-Watch Video

Advertisement