Penyanyi Sufian Suhaimi mengimbas kembali foto kenangan ketika dia membuat persembahan sebelum bergelar artis di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu.
Menerusi dua keping foto yang dikirimkan oleh sahabatnya yang bernama Ju Ariana, Sufian mengimbau semula kepayahan ditempuhi ketika awal penglibatannya sebagai penyanyi dan pada masa yang sama, Sufian tidak mengabaikan pelajaran.
"Work hard, never give up, be grateful.. Gambar ini kiriman sahabat saya, @ju_ariana. Sebelah kiri, tahun 2012 saya menyanyi di UniSZA Kampus Maidam.
"Sebelah kanan, tahun 2019. Masa dulu Ju ni pelajar harapan dan ikon UniSZA. Saya banyak belajar dari dia. Everytime I sing, I feel I'm at my happiest.
"Tapi pelajaran tetap jadi keutamaan. Sampai hari ini, I love what I do. Walaupun banyak ujian dan cabaran I always look at the bright side. So guys, work hard, dont give up, be grateful," tulis Sufian.
Di ruangan komen, Ju turut meninggalkan kata-kata semangat buat Sufian.
"Thanks Danny. Since 2012 saya tak pernah boring pun dengar awak ulang ayat “satu hari nanti awak akan dengar lagu saya dekat radio”.
"Semua cover awak dekat Soundcloud saya download dengar hari-hari. Because I know you were living your dreams each and every day. Just look how far you’ve become. I’m so proud of youuuuuu.
"Kalaulah dulu awak give up bila setiap kali yang datang tengok awak menyanyi balik-balik muka kitorang je, awak takkan jadi macam sekarang.
"Good luck tau. Saya doakan Allah mudahkan jalan dan lorongkan yang baik-baik untuk awak," tulis Ju.
Sufian merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris dengan Komunikasi dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan turut berjaya menghabiskan pelajaran di peringkat Masters.
Sufian meraih Ijazah Sarjana dalam bidang Komunikasi Massa pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-89 di Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang berlangsung pada Oktober tahun lalu.