Skip to main content

Budaya Popular

"Maka Hilanglah Suara, Terpaksalah Betul-Betul Rehat..." Noraniza Idris Sakit Selepas...

01.jpg
Tiga hari berturut-turut membuat persembahan minggu lalu, Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris terpaksa berehat kerana tidak sihat.

Pada satu entri di Instagramnya, Noraniza Idris memberitahu dia kehilangan suara dan perlu betul-betul berehat.

"Maka hilanglah suara. Terpaksa betul-betul rehat lama dan makan kenduri ubat-ubatan klinik kejutan dari 26 lagu tanpa henti sepanjang 3 hari Sawo Matang," tulis Noraniza.


Rata-rata peminat mendoakan semoga beliau cepat sembuh.

"Penangan sebuah showcase yang cukup memberi impak besar pada penontonnya. Syukur segalanya terlaksana cemerlang Kak Ani. Semoga cepat sembuh dan terus bergiat aktif demi bidang yang dicintai. Syabas," tulis @jaajastera.

"Semoga cepat sembuh akak. Irama Malaysia terus teguh dan ampuh di bawah naungan akak," tulis @mitraelusive.

Noraniza Idris baharu sahaja menamatkan showcase istimewanya Sawo Matang yang diadakan di Matic minggu lalu dari 12 hingga 14 April 2019.

Kredit Gambar: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement