Skip to main content

Budaya Popular

"Make Sure Mommy Spend More Time With Your Eldest Sebab Baby Tak Tahu Apa-Apa Lagi" - Puteri Sarah Liyana Bagi Pendapat

01.jpg

Puteri Sarah Liyana, isteri kepada pengarah filem terkenal Syamsul Yusof baru sahaja melahirkan cahaya matanya yang kedua.

Namun pada masa yang sama, Puteri Sarah tidak mahu anak sulungnya terasa dipinggirkan dengan kehadiran adik baru.

"Abang nenot is officially 1 year 11 months today! Abang sayang betul dengan adik.

"Tak ada istilah jealous sebab kami terapkan kasih sayang between both of them sejak sumayyah dalam perut lagi," tulis Puteri Sarah pada satu entri Instagramnya.

Menurut Puteri Sarah dia sentiasa membelikan hadiah walau sekecil mana sekalipun dan setiap kali hadiah itu diberikan kepada abang, dia memberitahu bahawa hadiah itu daripada adik.

"Rajin-rajin belikan present simpan siap-siap tak kesah even sekecil mana present tu then hari-hari bagitau abang yang adik bagi present.

"Lama-lama nanti abang akan develop sendiri kasih & sayang towards adik," terang Puteri Sarah.
 

Puteri Sarah juga menasihati para ibu-ibu di luar sana supaya lebihkan masa dengan anak yang lebih tua kerana anak yang baru lahir belum mengerti apa-apa lagi.

Kredit Gambar: Instagram

Must-Watch Video

Advertisement