Sekilas
- Empat pencipta kandungan Malaysia menang tiga kategori utama di TikTok Awards Southeast Asia 2026 di Bali.
- Ikhmal Nour, Moses Wong, Nabil Nazrol, dan Reina Lum antara pemenang utama yang diiktiraf.
- Acara ini menghimpunkan 63 pencipta kandungan dari Asia Tenggara dengan tema 'The Ones Who Spark It'.
Empat pencipta kandungan tempatan berjaya mencipta sejarah apabila memenangi tiga kategori utama di TikTok Awards Southeast Asia 2026 yang berlangsung di Bali, Indonesia, pada Jumaat.
Antara pemenang ialah pempengaruh, Ikhmal Nour yang meraih anugerah TikTok Live Creator of The Year dan Moses Wong bagi kategori Popular Video of the Year.
Selain Ikhmal dan Moses, Nabil Nazrol juga memenangi anugerah Rising Creator of the Year, manakala Reina Lum pula membawa pulang anugerah Changemaker of the Year.
Turut mewakili Malaysia dalam anugerah itu ialah Adam Shamil bagi kategori Creator of the Year, Pudds atau @deadpudds (Lifestyle Creator of the Year), Sir Asai (Education Creator of the Year) dan Amaranas (Sports Creator of the Year).
Wakil lain ialah Chesayang Kitchen (Food Creator of the Year), Leonsmeonss (Entertainment Creator of the Year), Gigi Cheoh (Beauty & Fashion Creator of the Year) dan Sally Woo (TikTok Shop Creator of the Year).
Dengan membawa tema 'The Ones Who Spark It', anugerah edisi sulung itu menghimpunkan hampir 63 pencipta kandungan dari pelbagai negara Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Vietnam, Singapura, Filipina dan Thailand.