gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
"Lima Tahun Ni Saya Tempuh Macam-Macam, Baru Lalui Fasa Patah Hati Teruk!" - Aisha Retno
HIBURAN
Deepika Padukone Pelakon Wanita India Pertama Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame!
HIBURAN
Adira Betulkan Salah Faham Isu Sangkar Kucing Sempit - "Saya Tidaklah Kejam..."
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Norman, Memey 'Naik Pelamin' Lagi Sekali

Amri Hassan
Amri Hassan
30/08/2017
07:40 MYT
Sponsor Banner
Norman, Memey 'Naik Pelamin' Lagi Sekali
Pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza akan 'bersanding' sekali lagi sempena ulangtahun perkahwinan kali keenam pada 24 September ini.
Kata Norman, 41, majlis itu akan melibatkan keluarga yang besar dan mungkin bersanding dengan pasangan Abby Abadi dan suaminya, Faizal Zakaria.
"Sempena ulangtahun perkahwinan saya dan Memey, kami akan bersanding sekali lagi dan lebih menarik akan melibatkan keluarga besar termasuk bekas isteri dan anak-anak.
"Selain bersanding, majlis doa selamat akan diadakan sekali sempena kesyukuran anak sulung saya, Mohamed Danish Hakim yang tamat khatam al-Quran dan hafazan 30 baru-baru ini," katanya pada majlis perlantikan duta Mahligai Impian Catering di Royale Chulan, Damansara, semalam.
Norman mengakui perasaan gemuruh masih dirasai walaupun pernah bersanding sebelum ini.
"Memang cuak juga nak naik pelamin lagi sekali tetapi saya teruja kerana pengisian kali ini tidak klise seperti majlis yang biasa dibuat.
"Mungkin orang melihat trend pasangan berkahwin menyambut ulangtahun perkahwinan, tetapi nawaitu untuk menyampaikan sesuatu yang bermanfaat itu lebih penting," tambahnya.
Majlis bertemakan Islamic Vintage itu akan diadakan di Selayang, Selangor dan melibatkan jemputan antara 1,000 hingga 2,000 orang.
Majlis persandingan itu sebenarnya sebuah gimik rasmi sempena perlantikannya sebagai duta syarikat katering dan acara perkahwinan, Mahligai Impian Catering selama setahun.
Mahligai Impian Catering yang ditubuhkan pada tahun 2010 itu sudah mempunyai lima cawangan di Sungai Buloh, Seremban 2, Melaka, Johor Bahru dan Kuantan.
Teks oleh: Amri Hassan Kredit foto: IG Norman Hakim
Topic Berkaitan
#pelakon
#Pelakon
#Memey Suhaiza
#Norman Hakim
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement