HIBURAN
Pernah Buat Silap, D.O EXO Akui Masih Trauma Depan Kamera
Anggota kumpulan EXO, D.O akui berasa trauma apabila berhadapan dengan kamera terutamanya untuk acara yang melibatkan siaran langsung.
D.O mendedahkan perkara itu menerusi program Naver V Live Chat baru-baru ini.
Kata D.O perkara tu terjadi disebabkan dia pernah membuat kesilapan ketika memperkenalkan lagu baru sebelum mengadakan persembahan pada siaran langsung sebuah program.

“Pada waktu itu tugas saya adalah memperkenalkan lagu debut kami berjudul MAMA, tiba-tiba saya tersalah cakap.
“Sebaik saja perasan kesalahan yang dilakukan saya tidak dapat meneruskan kata-kata. Saya juga mula berpeluh dan nasib baiklah ada yang membantu.

Dalam perkembangan terbaru, D.O kini muncul dengan filem terbaru berjudul Swing Kids yang akan ditayangkan pada 19 Disember ini.
Sumber: Allkpop, Soompi
Must-Watch Video