Mempunyai alunan vokal yang baik, mungkin nama duo ShiLi & Adi kurang dikenali di Malaysia.
Sebenarnya, pemilik nama ShiLi Yap dan Adi Rakhmadian ini sudah lebih 10 tahun mempertaruhkan bakat nyanyian dan popular di Singapura.
-landscape.png)
Muncul dengan album mini bertajuk Berdua untuk memikat hati peminat muzik, ShiLi & Adi mempunyai misi untuk menambat hati penggemar nyanyian di Malaysia dan Indonesia.
"Saya berasal dari Malaysia, Adi pula berasal dari Indonesia tetapi kami lebih dikenali di Kota Singa. Kami bersyukur kerana peminat di sana menerima kami dengan besar hati.
"Namun begitu, kami kini mempunyai hasrat untuk menarik minat penggemar muzik di negara asal masing-masing.
"Menerusi album mini, kami memilih single Bersamamu sebagai bukti yang kami tetap sayangkan tanah air masing-masing biarpun kami berkelana di negeri orang," kata ShiLi.
ShiLi & Adi mencipta sejarah tersendiri kerana menjadi satu-satunya artis Singapura yang diundang untuk menyanyi di panggung Formula 1 Grand Prix Singapura selama empat tahun berturut-turut sejak 2012 bersama barisan artis terkenal antarabangsa.
Tambah Adi, dia bersyukur kerana wujudnya keserasian antara mereka dalam menjadi pasangan duo.
"Kami sedar jarang orang tampil dengan paduan duo. Pada awalnya, sukar untuk mencari keserasian tetapi semakin lama semuanya menjadi mudah.
"Menjadi pasangan duo bukanlah tiket untuk kami bersaing suara siapa paling sedap dan berlawan vokal. Kami menampilkan harmoni dalam nyanyian dan saling melengkapi antara satu sama lain.
"Buat masa ini, kami selesa sebagai penyanyi duo dan berhasrat mengekalkan konsep ini sepanjang penglibatan kami dalam industri hiburan," kata Adi.

Sebelum ini, pada tahun 2017, ShiLi & Adi pernah dipilih oleh legenda jazz Indonesia, Candra Darusman untuk bergabung dalam album Detik Waktu membawakan kembali karya-karya terbaiknya.
Single dan album mereka yang berjudul Rintangan pernah memenangi AMI Awards 2018 sebagai Album Terbaik.
ShiLi & Adi juga pernah dipilih beraksi di stadium Nasional Singapura sebagai pembuka konsert penyanyi Taiwan, Wakin Chau.