Skip to main content

Selebriti

Tak Lokek Ucap 'Terima Kasih' Dalam Bahasa Melayu, Jason Mraz Buat 8,000 Peminat 'Terbuai' Dengan Nostalgia

Tak Lokek Ucap 'Terima Kasih' Dalam Bahasa Melayu, Jason Mraz Buat 8,000 Peminat 'Terbuai' Dengan Nostalgia

Sekilas

  • Jason Mraz kembali ke Kuala Lumpur selepas tujuh tahun dengan konsert Asia Tour 2026 yang dihadiri 8,000 peminat di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil.
  • Konsert menampilkan 20 lagu popular termasuk I Won't Give Up dan Lucky, dengan Jason berinteraksi mesra menggunakan bahasa Malaysia.
  • Persembahan diiringi sistem audio berkualiti tinggi yang menonjolkan vokal dan gitar, mencipta suasana penuh emosi dan kenangan baru untuk peminat.
Advertisement

Penantian tujuh tahun akhirnya terubat apabila 8,000 peminat membanjiri Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil untuk menyaksikan kepulangan penyanyi dan komposer antarabangsa, Jason Mraz menerusi Jason Mraz Asia Tour 2026 Live in Kuala Lumpur yang telah berlangsung pada 31 Oktober lalu.

Dipersembahkan oleh Prudential Malaysia dan dianjurkan Zues Event, konsert berkenaan menampilkan 20 lagu yang membawa peminat menyelami pelbagai karya Jason.

Advertisement

Jason membuktikan kekuatan seorang penghibur terletak pada kejujuran vokal, kemahiran bermain gitar dan keupayaan menjalin hubungan dengan penonton.

Membuka tirai dengan You and I Both, Jason  menyapa penonton menerusi ucapan sebelum meneruskan persembahan dengan Long Drive, Livin' in the Moment dan Let's See What the Night Might Do.

"Apa khabar, Malaysia? It's really good to be back,"ujarnya.

Advertisement

Jason turut mempersembahkan beberapa lagu lain antaranya Make It Mine, I Feel Like Sweating, Details in the Fabric, Remedy, 3 Things, Love Someone, Unfold, Best Friend, Beautiful Mess, Song for a Friend, 93 Million Miles, Have It All dan Lucky.

Menariknya, Jason tidak lokek mengucapkan 'terima kasih' dalam bahasa Malaysia setiap kali berinteraksi dengan penonton.

Usaha itu mengundang sorakan dan senyuman, sekali gus memperlihatkan penghargaan tulusnya terhadap peminat tempatan.

Dalam perkongsian bersama penonton, Jason turut mengakui kebanyakan lagu ciptaannya berkisar tentang cinta, perkara yang bermain dalam fikirannya serta mesej positif.

Walaupun sering menggunakan rangkaian kord yang sama, setiap karya tetap mempunyai identiti tersendiri menerusi melodi dan penceritaan berbeza.

Dari sudut teknikal, sistem audio yang seimbang dan mesra telinga membolehkan kejelasan vokal Jason, petikan gitar serta instrumen pengiring dinikmati dengan baik.

Menjelang penghujung konsert, I Won't Give Up menjadi antara kemuncak apabila ribuan penonton menyanyi bersama, mencipta suasana penuh emosi.

Lagu yang membawa mesej ketabahan dan kesetiaan itu memperlihatkan hubungan istimewa antara Jason dengan peminatnya.

Persembahan kemudian diteruskan dengan No Plans sebelum Yours menutup rangkaian 20 lagu malam berkenaan.

Dengan gitar, vokal dan karya yang dekat dengan kehidupan, Jason berjaya
menghidupkan semula nostalgia serta mencipta kenangan baharu buat para peminatnya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

Must Watch Video

Advertisement