Skip to main content

Hiburan

Malaysian Host Wanted 2: Cuaca Panas, Shooting Sampai Pagi! Bella Zahir Diuji Habis-Habisan Demi Double Shift

Malaysian Host Wanted 2: Cuaca Panas, Shooting Sampai Pagi! Bella Zahir Diuji Habis-Habisan Demi Double Shift

Sekilas

  • Bella Zahir mengikuti cabaran dua pekerjaan berbeza dalam satu hari menerusi dokumentari Double Shift dalam Malaysian Host Wanted Musim Kedua.
  • Double Shift mengangkat kisah rakyat Malaysia yang bekerja keras demi keluarga dan impian, termasuk Intan Baiduri yang bekerja sebagai hoarder cleaner dan pelukis inai.
  • Penonton boleh menonton program ini setiap Isnin jam 11 malam di Astro Ria, Sooka dan Astro GO serta mengundi calon juara pilihan mereka di gempak.com.
Advertisement

Daripada membersihkan kediaman yang dipenuhi timbunan barang hinggalah menghasilkan seni inai, Bella Zahir perlu mengikuti perjalanan dua pekerjaan berbeza dalam satu hari sambil mengejar masa dan berdepan cuaca yang tidak menentu! 

Itulah antara cabaran yang dilaluinya ketika merealisasikan Double Shift, pilot episodnya dalam episod keempat Malaysian Host Wanted Musim Kedua. 

Seperti yang dibentangkan ketika Pitching Day, Bella membawakan sebuah dokumentari yang mengangkat kisah rakyat Malaysia yang melakukan dua pekerjaan dalam sehari demi meneruskan kehidupan. 

Di sebalik kesibukan mencari rezeki, tersimpan kisah tekanan kewangan, pengorbanan demi keluarga dan impian peribadi yang masih ingin dikejar. 

Bagi menjayakan Double Shift, Bella memilih Intan Baiduri, personaliti media sosial yang dikenali menerusi perkongsiannya tentang kerjaya sebagai hoarder cleaner atau pembersih kediaman yang dipenuhi timbunan barang. 

Namun, pekerjaan Intan tidak terhenti di situ. Penonton turut dibawa menyelami tugas keduanya sebagai pelukis inai. 

Membawa kisah dua pekerjaan ini ke skrin bukanlah semudah yang disangka. Bella perlu menguruskan penggambaran di beberapa lokasi berbeza, berdepan cuaca panas dan memastikan setiap rakaman dapat diselesaikan mengikut jadual. 

Lebih mencabar, penggambaran yang bermula pada waktu pagi berlanjutan sehingga pagi keesokan harinya! Penggambaran yang berlarutan hingga ke pagi bukan sekadar menguji ketahanan fizikal dan mental Bella serta pihak produksi, malah menjadi bukti bahawa merealisasikan sebuah idea menjadi program televisyen bukanlah semudah yang disangka. 

Di sebalik setiap rakaman, terdapat pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi sebelum Double Shift dapat dihasilkan seperti yang dirancang. Selain menyaksikan cabaran di lokasi, penonton turut mengikuti perjalanan Bella sebagai hos dan penerbit, daripada persiapan dan pre-production hinggalah ke penggambaran serta proses editing. 

Pilot episod ini dinilai oleh Datuk Aznil Haji Nawawi, Awal Ashaari dan Yasmin Hani, bersama juri jemputan Hawa Rizwana. Sherry Al-Hadad pula mengendalikan pertandingan sebagai pengacara. 

Penonton juga berpeluang mengundi calon juara pilihan mereka menerusi www.gempak.com/malaysianhostwanted. Hanya seorang bakal dinobatkan sebagai Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000! 

Saksikan Malaysian Host Wanted Musim Kedua, setiap Isnin, jam 11 malam di Astro Ria, Sooka dan Astro GO! 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement