Ashraf Modee Zain atau lebih dikenali sebagai Modee menyifatkan pertandingan Super Spontan Xtravaganza (SSX) telah banyak mengajarnya memperbaiki kualiti lakonan dan persembahan terutamanya cara berhadapan dengan penonton berskala besar.
Modee yang ditemui selepas tersingkir dari pertandingan itu malam tadi berkata, dia akan terus aktif dengan pementasan teater komedi bersama kumpulannya, AIIA yang telah ditubuhkan sejak 10 tahun yang lalu.
"Saya akan terus aktif membuat persembahan bersama kumpulan AIIA selepas ini, saya tidak akan pernah berputus asa.
"Pertandingan ini telah banyak mengajar saya terutamanya cara untuk membuat persembahan di hadapan penonton yang berbilangan ramai," kata Modee.
Antara peserta yang masih bertahan dalam pertandingan tersebut adalah Tomok, Zara Zya, Izzue Islam, Abam Bocey dan ramai lagi.
SSX bersiaran secara langsung dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM), Serdang pada setiap Jumaat, 10 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124).
Teks : Asraf Aided