gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Vida Sebak Melawat Pusara Nurly Syahirah, Bawa Pelajar Tahfiz Lihat Al-Quran Tulisan Tangan Arwah - “Sangat Cantik & Kemas…”
HIBURAN
Ezlisa Loy Hormati Tindakan Elfira, Mohon Netizen Tak Panjangkan Isu - “Sebagai Kakak Sudah Semestinya Dia…”
HIBURAN
Nur Nilam Tidak Berpurdah, Mata Pun Lain - “Itu Bukan Saya, Atas Hati Dan Pemikiran Masing-Masing”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Tiada Lagi Penyeri Gegar Vaganza, Papa J Meninggal Dunia

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
13/01/2017
15:38 MYT
Sponsor Banner
Tiada Lagi Penyeri Gegar Vaganza, Papa J Meninggal Dunia
Selama tiga musim Gegar Vaganza bersiaran, kelibat Papa J atau Jamal Manap,55, pasti kelihatan sebagai penyeri dan penonton setia program tersebut.
Bagaimanapun sebentar tadi, Astro Gempak telah dikejutkan dengan berita pemergian Papa J oleh Persatuan Seniman Malaysia.
Papa J yang juga bekas kumpulan duo Asiarasa menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.50 malam tadi disamping keluarga di Hospital Ampang.
Jenazah kini berada di Hospital Ampang dan dijangka akan dibawa pulang ke rumahnya di Taman Kosas Ampang.
Menurut abang arwah jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang sebelum Zohor esok.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan Papa J kritikal selepas ditemui tidak sedarkan diri di depan pintu bilik air di kediamannya di Taman Kosas, Ampang, pagi tadi.
Papa J yang tinggal bersendirian ditemui salah-seorang pekerjanya yang tiba di rumah berkenaan untuk keluar berniaga pada jam 10.15 pagi.
Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Ampang, di sini, dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan dan terpaksa menggunakan bantuan oksigen.
Topic Berkaitan
#Meninggal Dunia
#Jamal Asiarasa
#Papa J
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement