Skip to main content

Konsert

Magis Ruang Nyaman Fest : Hanya Enam Penghibur Di Satu Ruang Memberi Sejuta Rasa Nyaman

Magis Ruang Nyaman Fest : Hanya Enam Penghibur Di Satu Ruang Memberi Sejuta Rasa Nyaman

Sekilas

  • Ruang Nyaman Fest yang dianjurkan oleh Thrive Events berjaya mengumpulkan enam penghibur dari Indonesia dan Malaysia untuk menghiburkan lebih 3,000 penonton dalam suasana muzik yang tenang dan selesa.
  • Festival ini menampilkan artis seperti Kaleb J, Idgitaf, Pusakata, Sammy Simorangkir, Tulus, Cakra Khan, dan bakat tempatan Najmi Niery dengan persembahan tanpa filler bagi pengalaman muzik yang premium dan padat.
  • Ruang Nyaman Fest bukan sekadar konsert, tetapi ruang untuk peminat menikmati muzik yang dekat di hati, memberi ketenangan dan meredakan kelelahan emosi dalam kehidupan seharian.
Advertisement

Menamakan festival muzik sebagai Ruang Nyaman Fest adalah sebuah justifikasi paling tepat apabila keenam-enam penghibur yang dipilih menghiburkan lebih 3,000 penonton di satu tanggal sakral buat pencinta mereka benar-benar nyaman.

Nyaman sendiri membawa maksud yang beragam tentang enak, selesa, sedap dan damai misalnya. Maka mendengar enam penghibur pada festival muzik indoor dan eksklusif tersebut mengudarakan karya-karya mereka yang ‘sopan’ masuk ke halwa telinga adalah sebuah pengalaman yang sangat tenang.

Advertisement

Bayangkan, Ruang Nyaman Fest yang dianjurkan Thrive Events dengan pengasas, Haqimi Zamri ini menghimpunkan lima penghibur Indonesia yang sudah mencetak kenyamanan buat peminat bersama seorang bakat tempatan, Najmi Niery yang tidak kalah ‘bersanding’ dengan mereka.

Siapa mereka? Kaleb J, Idgitaf, Pusakata, Sammy Simorangkir, Tulus dan Cakra Khan ; yang masing-masing punya katalog besar menjurus kepada karya-karya nyaman bersatu di Ruang Nyaman Fest.

Dan saat karya-karya mereka bergema telus silih berganti di dalam Mega Star Arena, objektif yang ingin dibawakan penganjur sampai ke hati peminat.

Advertisement

Seperti kata Haqimi, Ruang Nyaman Fest diwujudkan sebagai sebuah ruang untuk peminat berhenti seketika daripada kesibukan kehidupan dan menikmati muzik yang dekat di hati.

“Ruang Nyaman Fest bukan sekadar sebuah konsert, tetapi pengalaman muzik indoor yang premium, selesa dan padat.

“Kami memilih enam artis yang mempunyai karya dan identiti tersendiri, tanpa persembahan fillers, supaya penonton memperoleh pengalaman terbaik dari awal hingga akhir,” katanya.

Tentu sahaja pengalaman yang dibawa pulang sangat luar biasa dan indah. Dengan harga untuk satu konsert, peminat dapat menyaksikan enam pemuzik menghiburkan mereka tanpa kompromi.

Pusakata misalnya membuat peminat mengelamun, menikmati pelan-pelan lagu seperti Kehabisan Kata sebelum ditutup dengan Akad dan Untuk Perempuan usai Igditaf menebarkan pesona satu-satunya solois wanita di festival itu termasuk menerusi lagu Sekuat dan Mengudara.

Tidak pernah mengecewakan, Sammy dengan penampilan sederhana namun berbekalkan vokal ampuhnya membawa peminat pulang ke terowong masa apabila mengalunkan tembang hitnya seperti Cinta Putih, Tapi Bukan Aku dan Binta Rasa Ini Rasamu.

Tentu sahaja ruang nyaman yang dibentuk penghibur yang sudah dulu menghangatkan pentas sejak pukul 2 petang menjadi lebih heboh saat Tulus muncul dan mengudarakan ‘lagu-lagu kebangsaannya’ termasuk Hati Hati di Jalan, Sewindu serta hit terkininya, Teh Hijau.

Dan Ruang Nyaman Fest ditutup dengan seorang lagi penghibur yang memiliki vokal ‘kurang ajar’ enak, Cakra Khan. Bersama Hal hebat, Cakra membuat peminat enggan pulang lewat tembang ⁠Kekasih Bayangan, namun sama seperti sesuatu yang bermula pasti berakhir, penyanyi itu melabuhkan tirai menerusi lagu Harus Terpisah.

Pada akhirnya, sewaktu peminat berdedai pulang dan meninggalkan kenangan lewat perkongsian di platform media sosial masing-masing,  ada rasa yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata.

Barangkali itulah keistimewaan muzik. Ia bukan sekadar susunan melodi dan lirik yang menghiburkan, tetapi juga mampu menjadi terapi, merawat kelelahan emosi, meredakan fikiran yang berserabut dan memberi ruang kepada seseorang untuk seketika melupakan hiruk-pikuk kehidupan.

Justeru, Ruang Nyaman Fest bukan sahaja berjaya memenuhi matlamat penganjur untuk menyediakan sebuah pengalaman muzik yang dekat di hati, malah membuktikan bahawa muzik mempunyai kekuatan tersendiri untuk menyatukan rasa dan memberikan ketenangan.

Kerana ada kalanya, kita tidak memerlukan kata-kata untuk berasa lebih baik. Cukup dengan sebuah lagu, melodi yang mendamaikan dan ruang untuk menikmatinya, semua rasa tidak enak terubat dengan kenyamanan.

Anda mungkin berminat dengan

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

GOOJODOQ TWS Bluetooth Earphone Stereo Bluetooth 5.3 Wireless Bluetooth Earphones

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

PUMA BMW M Motorsport Essentials Logo Tee Men

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement