Skip to main content

Budaya Popular

Tunai Umrah Februari, Atu Zero Sanggup Botakkan Kepala

atu-umrah-header.jpg
Pelawak kumpulan Zero, Atu, bakal menunaikan umrah pada Februari ini dan mengakui bersedia untuk membotakkan kepalanya.

Jelasnya, mencukur rambut di seluruh kepala antara amalan sunat yang dilakukan jemaah haji dan umrah.

"Kalau rezeki botak kepala, saya botakkan. Lagipun itu sunat," katanya memetik laporan HLive.

Sementara itu, jelas Atu, dia sudah merancang dan berniat untuk menunaikan umrah bersama ibu dan ibu saudaranya sejak sekian lama.

"Saya tak plan tapi tiba-tiba terdetik. Bukan sebab MLM2018 tapi memang sudah niat. 
"Duit pun sudah cukup, ramai di luar sana yang teringin menunaikan umrah dan haji tapi tak dapat-dapat sebab masalah kewangan.

"Jadi, kenapa saya yang sudah mampu ini tidak mengerjakan umrah?

"Kalau tak ada halangan Februari nanti saya akan berangkat menunaikan umrah bersama ibu saya dan ibu saudara saya," tambahnya.

Bagaimanapun, Atu berhasrat untuk membawa isteri dan anaknya pada tahun hadapan sekiranya keadaan mengizinkan.

"Isteri saya tengah sarat mengandung dan anak saya baru berusia dua tahun jadi agak merisaukan kalau saya bawa. 

"Tahun ini saya pergi dahulu, insya-Allah tahun depan baru saya bawa mereka bersama," ujarnya.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video