Sekilas
- Shiha Zikir berkongsi tahun ini penuh dengan ujian termasuk kesihatan ibunya yang kurang baik dan layanan kurang menyenangkan dari orang sekeliling.
- Dia menegur individu yang mengata di belakang dan berharap mereka lebih berani berterus terang jika ada masalah.
- Shiha mengingatkan supaya terus menghargai orang yang layak dan tidak berubah disebabkan perkara negatif yang dialami.
Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir mengakui tahun ini menyaksikan pelbagai ujian dalam kehidupannya termasuk kondisi kesihatan ibunya yang kurang baik.
Tidak terhenti disitu, Shiha juga meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa menerima layanan kurang menyenangkan daripada individu di sekelilingnya.
“Tahun ini banyak ujian yang Allah SWT hadiahkan. Mak sakit dan baru-baru ini dapat tahu maki hamun daripada orang-orang yang pernah dan sedang bersama kita di belakang. Terima kasih kepada korang yang kutuk-kutuk itu. Alhamdulillah, boleh baca satu persatu.
“Moga Allah pelihara kalian dunia akhirat. Kadang-kadang kebaikan dan pengorbanan kita ini mungkin langsung tak bermakna.
“Yang lalui situasi sama, jangan jadikan perkara ini buatkan kita berubah. Teruskan menghargai mereka yang layak. Dan jangan jadi talam 44 muka,” tulisnya.
Dalam pada itu, Shiha turut berharap individu tersebut untuk lebih berani untuk berterus terang dengan dirinya jika ada sebarang masalah.
“Geng-geng itu dah tangkap layar belum? Jangan lupa letak tanda pagar sekali.
“Harap berani cakap depan-depan ya. Tak seronoklah asyik lepak mamak, bergosip di belakang,” tulisnya lagi.
Bagaimanapun, pelantun lagu Minta Ampun itu tidak menceritakan secara terperinci mengenai perkara tersebut.