Laman Utama

1 Filem, Bajet RM2 Juta, Ada 100 Pelakon! Apa Yang Menariknya Tentang 'Seratus'?

Shahrin Zulkifle
05/10/2022
12:00 MYT
Hanya dengan menelan bajet sebanyak RM2 juta, sebuah filem terbaharu berjudul Seratus telah berjaya mencipta sejarah tersendiri apabila menampilkan seramai 100 orang pelakon terkenal dalam filem bergenre romantic-thriller ini.
Bagaimanapun disebalik kejayaan yang dicipta, pengarah, Feroz Abdul Kader mendedahkan pada peringkat awal proses pembikinan filem ini, dia telah pun mengalami masalah kekurangan bajet.
Namun, dengan bantuan dana yang disalurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), dia akhirnya berjaya menyiapkan naskhah ini.
“Filem ini telah menjalankan penggambaran ketika di bulan puasa pada tahun 2019, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan kerana melibatkan seramai 100 orang pelakon tanah air di dalamnya.
“Walaupun saya dan team sudah ada idea untuk buat filem Seratus ini dengan menampilkan 100 pelakon, tetapi kami mempunyai masalah bajet.
“Kami telah berusaha memohon Dana Kandungan Digital (KDK) FINAS dan alhamdulillah kami berjaya mendapatkan dana tersebut.
“Terima kasih FINAS kerana mempercayai saya, ianya telah menyuntik semangat untuk menjalakan penggambaran filem ini,” katanya kepada Gempak pada malam gala tayangan filem berkenaan yang bertempat di GSC, Mid Valley, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Seratus telah mempertaruhkan Sharul Kamal sebagai tunjang utama selain dibantu Sara Ali, Marissa Yasmin, Fauzi Nawawi dan Wan Hanafi Su selaku barisan hadapan filem ini.
Dalam pada itu, Feroz melahirkan rasa gembira apabila nama-nama besar pelakon tanah air lain sudi tampil dalam filem arahannya meski sekadar cameo sahaja.
“Sebenarnya memanggil semua pelakon-pelakon hebat untuk menjadi cameo dalam filem ini adalah sesuatu yang saya tidak boleh nak ungkap, sangat gembira.
“Ini kerana mereka lakukan disebabkan hubungan baik yang sedia di antara saya selaku pengarah dan artis-artis tersebut.
“Meskipun mereka tidak mempunyai dialog namun datang disebabkan hubungan yang sudah dianggap sebagai rakan dan keluarga sendiri, malah mereka teruja,” tambahnya.
Antara pelakon yang menjadi cameo dalam filem ini termasuklah, Datuk Awie, Datuk Adi Putra, Ziana Zain, Datuk Nash, Bell Ngasri, Amar Baharin, Aamyra Rosli, Elizabeth Tan dan ramai lagi.
Menariknya lagi, Seratus merupakan filem pertama hasil gabungan antara dua produksi hebat Malaysia iaitu UNOMEDIA SDN.BHD yang dimiliki oleh Encik Basree Rakijan dan FJ PICTURES SDN.BHD yang dimiliki oleh pengarah terkenal serta pemilik idea asal filem ini sendiri iaitu Encik Feroz Abdul Kader.
Filem ini turut menggunakan suara pelakon utamanya, Sharul Kamal menerusi lagu OST berjudul Bunga Terindah nyanyian.
Sinopsis
Seratus mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Hafiz yang perlu menyelamatkan ibunya daripada dibunuh. Hafiz perlu mencari semula wang RM 100 yang mempunyai “klu” tentang pendrive yang terkandung sebuah rahsia besar. Hafiz melalui pelbagai situasi yang mencemaskan demi mendapatkan wang RM 100 itu sebelum ibunya mati dibunuh.
Saksikan filem arahan Feroz Abdul Kader ini yang akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 6 Oktober depan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Pernah Viral Nyanyi Lagu Ziana Zain, Ayish Malkan Kini Bergelar Penyanyi & Lancar Lagu Pertama - "Cinta Dicintai Sentuh Sanubari..."

gempak
17/07/2024
18:48 MYT
Hanya kerana video nyanyiannya tular, nama Ayish Malkan akhirnya dikenali oleh sebahagian besar peminat.
Hiburan

“Orang Yang Menghancurkan Hidup Saya Adalah…” - Awie

gempak
16/07/2024
08:25 MYT
Vokalis kumpulan Wings iaitu Datuk Awie mendedahkan beberapa nama rakan selebriti yang telah mengubah kerjaya seni dan imej rock yang dibawanya.
Hiburan

Awie Makan Durian Pakai Sudu, Netizen Terhibur Bila Roy Azman Sempat ‘Membahan’ - “Pertama Kali Tengok Macam ini…”

gempak
15/07/2024
03:55 MYT
Perkongsian video di TikTok pelakon Roy Azman yang memperlihatkan penyanyi rock Malaysia iaitu Awie makan buah durian menarik perhatian wargamaya di laman sosial.
Hiburan

Adi Putra Penyeri Filem Aksi Punjabi Malaysia Saazish, Pengarah Akui Sukar Bersaing Dengan Filem Bollywood

gempak
30/06/2024
09:38 MYT
Pengarah filem Arjin Uppal mengakui salah satu sebab membikin filem aksi Punjabi Malaysia berjudul Saazish demi mengetengahkan budaya dan bahasa Punjabi kepada generasi muda.
Hiburan

Noorkhiriah Mohon Maaf Badan Fareez Berbirat Masa Babak Pukul, Fauzi Nawawi Tak Marah - “Tak Apa, Anak Jantan”

gempak
22/06/2024
02:05 MYT
Pelakon, Fauzi Nawawi tidak melenting apabila mengetahui badan anaknya iaitu Fareez berbirat selepas melakonkan babak dipukul bersama aktres, Noorkhiriah.