Berita

10 Awal Zulhijah Terkandung Semua Ibadah, Hari Paling Baik Dalam Setahun

gempak
Gempak
07/06/2024
12:55 MYT
Sponsor Banner
10 Awal Zulhijah Terkandung Semua Ibadah, Hari Paling Baik Dalam Setahun
Bulan Zulhijah merupakan salah satu daripada empat bulan haram di dalam Islam dan disebut juga sebagai bulan haji dek kerana kemuncak pelaksanaan ibadah haji berada pada bulan ini.
Terdapat pelbagai kelebihan yang besar buat kita pada bulan terakhir dalam kalendar Islam ini terutamanya pada 10 hari pertamanya.
Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Prof Madya Dr Ahmad Sanusi Azmimenjelaskan, antara kelebihan 10 awal Zulhijah itu adalah pahalanya yang lebih besar daripada jihad.
Beliau merujuk kepada sepotong hadis Rasulullah SAW: “Tiada amalan yang dilakukan pada hari lain yang lebih baik daripada amalan pada 10 hari ini.” Para sahabat bertanya: “Walaupun jihad?”

ARTIKEL BERKAITAN: Korban Di Dalam Atau Luar Negara, Mana Lebih Afdal?

ARTIKEL BERKAITAN: 300 Bakal Jemaah Haji Terkandas Di Mekah, Diperdaya Pakej Murah

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Melaka Ke Makkah, Remaja Lelaki Tunai Umrah Selepas Dua Bulan Ekspedisi Naik Motosikal Kriss 110

ARTIKEL BERKAITAN: Rakam Aksi Sentuh Hajar Aswad & Kaabah, Netizen Sifatkan Atta Halilintar Buat Content Bukan Umrah

ARTIKEL BERKAITAN: Ruhainies Sambut Aidilfitri Di Tanah Suci, Mohon Maaf Pada Semua - "Semoga Allah Bersihkan Hati, Sucikan Diri"

Baginda menjawab: “Tidak juga jihad kecuali jika seseorang keluar dengan nyawa dan hartanya dan dia tidak kembali lagi.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

Himpunan semua ibadah utama

Menurut pensyarah itu, Imam Ibnu Hajar dalam Fathul Bari menyatakan secara zahirnya sebab yang menjadikan 10 hari pertama Zulhijah ini lebih utama daripada yang lain kerana ia menghimpunkan semua amalan utama di dalam Islam iaitu solat, puasa, sedekah dan haji.
“Himpunan amalan-amalan ini tidak akan berlaku dalam hari-hari lain.
“Oleh sebab itu Rasulullah SAW mengangkat hari-hari ini sebagai hari yang paling baik dalam setahun,” jelasnya. Beliau merujuk kepada hadis Rasulullah SAW: “Sebaik-baik hari dalam dunia ini adalah 10 hari ini.” (Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Bazzar).
Tambahnya lagi, atas dasar itu Imam Ibnu Taimiyyah menganggap 10 hari pertama dalam bulan Zulhijah ini lebih utama daripada 10 hari terakhir bulan Ramadan seperti dinukilkan dalam kitab Majmu’ Fatawa.
“Rasulullah SAW meletakkan hari ini sebagai hari yang mesti dipertingkatkan amalan harian kita. Baginda melihatnya sebagai hari yang sangat dicintai oleh Allah.
“Sabda Rasulullah: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan tidak ada hari yang lebih disayangi oleh Allah supaya beramal di dalamnya melainkan 10 hari ini.
“Maka perbanyakkanlah bertahlil, bertakbir dan bertahmid.” (Hadis Riwayat At-Tabrani)
Sumber: Sinar Harian

Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?

Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live