,
Berita

10 Momen Menarik Yang Terjadi Sepanjang Penganjuran Anugerah Grammy

ZULHILMI JALIL
26/01/2020
10:23 MYT
Debaran semakin terasa. Hanya tinggal beberapa jam lagi, majlis berprestij, Anugerah Grammy 2020 bakal bersiaran secara langsung.
Semestinya, ramai yang tidak sabar untuk menantikan gelagat dan kemunculan artis kesayangan masing-masing pada penganjuran majlis itu nanti.
Justeru, bersempena dengan Anugerah Grammy 2020, Gempak imbas kembali beberapa momen dan insiden menarik yang pernah berlaku ketika penganjurannya dalam tahun-tahun sudah.
#1 Lady Gaga Diusung Dalam Replika Telur
Penampilan Lady Gaga melangkah masuk ke acara karpet merah pada Anugerah Grammy 2011 antara yang mencuri tumpuan.
Mana tidaknya, ketika itu, penyanyi berusia 34 tahun itu diusung dalam replika berbentuk telur.
Bagaimanapun bintang itu tidak menonjolkan dirinya daripada ketika diusung sehinggalah dia membuat persembahan menyanyikan lagu Born This Way.
#2 Twenty One Pilots Buka Seluar
Pada penganjuran Anugerah Grammy 2017, pasangan duo Twenty One Pilots naik ke atas pentas dengan hanya mengenakan seluar dalam sahaja.
Mereka sengaja menanggalkan seluar tuxedo yang dipakai sebelum menerima trofi.
Ini kerana, mereka mendedahkan sering menonton Anugerah Grammy dengan hanya berseluar dalam di rumah dan pernah terdetik "Kalau kita menang Grammy, kita patut pergi begini sahaja"
#3 Jennifer Lopez Pakai Dres Telus Pandang, Persis Bogel
Anda masih ingat lagi dengan penampilan penyanyi Jennifer Lopez ketika hadir pada majlis karpet merah Anugerah Grammy 2000?
Ketika itu, pelantun lagu On The Floor itu mengenakan dres labuh daripada Versace. Namun, dres tersebut menampakkan hampir keseluruhan bentuk badannya kerana ia direka dengan fabrik telus pandang.
Maka, pada malam itu, penyanyi yang dikenali dengan panggilan J.Lo itu berjaya mencuri tumpuan ramai dengan imej berahinya.
#4 Milli Vanilli Menang Trofi Walau Tak Nyanyi
Pasangan duo Milli Vanilli pernah memenangi anugerah Artis Baru Terbaik pada penganjuran Anugerah Grammy pada tahun 1990.
Kemenangan mereka itu berikutan lagu yang mereka bawakan, Girl You Know It's True. Bagaimanapun, lagu itu sebenarnya tidak pernah dinyanyikan oleh mereka, sebaliknya mereka hanya melalukan lip-synced (gerakan bibir) dalam persembahan.
Ekoran itu, kemenangan mereka kemudian dibatalkan.
#5 Lelaki 'Soy Bomb' Ceroboh Pentas
Sewaktu penyanyi Bob Dylan membuat persembahan pada Anugerah Grammy 1998, penyanyi Michael Portnoy bertindak naik ke atas pentas.
Dia kemudian dikatakan menanggalkan bajunya sebelum memaparkan perkataan 'Soy Bomb' yang ditulis pada badannya.
Ekoran tindakannya itu, dia kemudian dibawa keluar Sejak itu, dia kenali dengan gelaran lelaki 'Soy Bomb'.
#6 Madonna Tunjuk Bontot
Penyanyi Madonna pernah mengangkat dres pendeknya ketika melalui karpet merah pada penganjuran Anugerah Grammy pada 2015.
Ketika itu, pelantun lagu hit Everybody itu menyelak bahagian belakang busananya, sekaligus menampakkan keseluruhan punggungnya.
Tindakannya itu kemudian berjaya dirakam jurukamera yang berada di situ.
Madonna dilihat sedang menyarungkan seluar dalam jenis g-string dengan dilapik legging berjaring.
#7 MIA Buat Persembahan Ketika Tunggu Hari Bersalin
Tengah menunggu hari bersalin, namun penyanyi yang juga rapper MIA tetap meneruskan persembahannya di pentas Anugerah Grammy pada 2009.
Penyanyi berusia 45 tahun itu menyampaikan lagu berjudul Swagga Like Us.
MIA yang tampil dengan keadaan perut yang sedang sarat mengandung berjaya memukau hadirin dengan persembahannya.
#8 Adele Terhenti Menyanyi, Minta Ulang
Sewaktu membuat persembahan tribute kepada mendiang George Michael pada Anugerah Grammy 2017, Adele bertindak berhenti daripada meneruskan nyanyiannya yang sedang dipersembahkan.
Tindakannya itu kemudian mengundang perhatian umum yang hairan dengan apa yang cuba dilakukannya.
Namun, sebenarnya, Adele mahu menyanyikan lagu itu semula selepas merasakan dia tersilap masuk 'key' di awal nyanyiannya.
#9 Pink Buat Persembahan Di Udara
Pink pernah membuat dua kali persemnbahan di majlis berprestij, Anugerah Grammy iaitu pada tahun 2010 dan 2014.
Menariknya, Pink ketika itu membuat persembahan di udara dengan pelbagai pergerakan yang cukup sukar.
Namun, bintang berusai 41 tahun itu berjaya membuat persembahan memukau tanpa sedikit pun menjejaskan vokal suaranya yang disifatkan memiliki pitch yang sempurna.
#10 Nicki Minaj Buat Persembahan Ala Pemujaan
Pada Anugerah Grammy 2012, persembahan Nicki Minaj mendapat perhatian persatuan Katolik yang tidak senang dengan apa yang dilakukan penyanyi itu.
Ini kerana, pada malam tersebut, penyanyi berusia 38 tahun itu tampil dengan konsep persembahan seperti sedang melakukan aktiviti pemujaan.
Persembahannya menyampaikan lagu Roman Holiday itu kemudian menjadi bualan hangat sepanjang minggu.
Sumber: Cosmopolitan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Grammy 2021: Taylor Swift Penyanyi Wanita Pertama Menang Tiga Kali Album Of The Year!

gempak
15/03/2021
12:35 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Taylor Swift mencatat rekod apabila menjadi penyanyi wanita pertama yang memenangi kategori album tahunan (album of the year) dalam Anugerah Grammy sebanyak tiga kali.
Laman Utama

Pecah Rekod! Beyonce Penyanyi Wanita Paling Banyak Menang Grammy! Ini Senarai Penuh Pemenang

gempak
15/03/2021
11:03 MYT
Tahniah Beyonce
Laman Utama

The Weeknd Akhirnya Tak Mahu Ambil Peduli Tentang Anugerah Grammy

gempak
29/01/2021
13:40 MYT
Seperti diketahui peminat, penyanyi popular Hollywood, The Weeknd tidak tercalon dalam Anugerah Grammy ke-63 tahun ini.
Hiburan

Kes Covid-19 Di Los Angeles Naik Mendadak, Anugerah Grammy 2021 Terpaksa Ditangguhkan!

gempak
06/01/2021
05:35 MYT
Tarikh baharu pun sudah diumumkan!
Berita

Ini 7 Fakta Menarik Mengenai Anugerah Grammy

gempak
25/01/2020
11:38 MYT
BorakSeeni