Seiring dengan situasi norma baharu, 10 penyanyi popular tanah air tampil dalam ‘Konsert Online’ iaitu sebuah program hiburan, Salam Dari Maya.

Penyanyi hebat yang terlibat dalam program tersebut adalah Datuk Jamal Abdillah, Ziana Zain, Nora, Zamani, Liza Hanim, Amir Ukays, Siti Nordiana, Tomok, Black dan Yamani Abdillah.

Menariknya, dalam program yang diterbitkan secara maya itu penyanyi-penyanyi tersebut akan menyanyikan lagu-lagu popular mereka hasil dari permintaan peminat secara visual.

Kemudian penyanyi-penyanyi tersebut akan menyanyikannya dalam satu persembahan sama seperti dalam sebuah konsert.

Salam Dari Maya diterbitkan sebanyak 5 episod dan setiap episod menampilkan dua orang penyanyi dan bakal ditayangkan di saluran Youtube, Muzik Malaysia.

Penerbit Salam Dari Maya, Samirah Hambali yang juga pengarah Urusan Mac Training Sdn. Bhd. berkata, idea mencetuskan program ini timbul setelah menyedari bahawa perlu adanya peluang pekerjaan buat pekerja industri kreatif khususnya industri muzik bagi meneruskan kelangsungan hidup mereka.

“Pada waktu yang sama, kita juga menyedari bahawa pentingnya hiburan muzik kepada masyarakat dan dalam situasi keadaan sekarang hiburan muzik sangat diperlukan untuk meredakan tekanan masyarakat akibat pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah, kesemua artis memberikan respon yang cukup baik. Malah, mereka juga teruja dengan tawaran untuk menjayakan program ini kerana kebanyakannya rindu untuk membuat persembahan.

“Bertitik-tolak daripada itu, kami terus membuat perancangan untuk menerbitkan program ini tanpa berkompromi tentang soal kualiti muzik dan produksi,” katanya.

Jamal Abdillah akan menjadi penyanyi yang membuat tirai konsert ini pada 20 November jam 9 malam dan episod terakhir pada 4 Disember 2020 akan ditutup oleh Tomok bersama Black.

Berikut adalah info mengenai setiap episod berserta tarikh tayangan:
EPISODARTISTARIKHWAKTUPlatform
Epi 1Dato’ Jamal Abdillah & Yamani Abdillah20 Nov 20209 PMSaluranYoutube: Muzik Malaysia
Epi 2Ziana Zain &
Liza Hanim
24 Nob 20209 PMSaluran Youtube: Muzik Malaysia
Epi 3Zamani & Amir Ukays24 Nov 20209 PMSaluranYoutube: Muzik Malaysia
Epi 4Siti Nordiana &
Nora
1 Dis 20209 PMSaluranYoutube: Muzik Malaysia
Epi 5Tomok & Black4Dis 20209 PMSaluranYoutube: Muzik Malaysia