Pelakon dan penyanyi Kilafairy menyerahkan keputusan untuk meneruskan langkah ke gerbang perkahwinan kepada teman lelakinya, Sa’aid Aiman Hazley.
Jelas Kilafairy, 28, dia enggan terlalu merancang tentang soal jodoh dan rumah tangga kerana bimbang tidak menjadi.
“Hal begini saya serahkan kepada pihak lelaki. Takut nanti saya rancang-rancang tak jadi pula. Saya pun tak tahu samada tarikhnya akan berlangsung bila dan lebih suka ikut arus," katanya yang sudah 10 tahun berkenalan sejak zaman persekolahan.
Sementara itu, Kila yang baru dilantik sebagai duta kepada produk kosmetik tempatan lipmatte Ufora menegaskan dia menerima tawaran tersebut disebabkan kualiti produknya.
“Bukan soal mereka kata nak bayar saya atau sebaliknya kerana saya tidak boleh bertindak semudah itu berkata ya. Tapi apabila mencubanya, saya sendiri menyukainya. Ia amat menarik buat saya.
“Jadi saya nak beritahu peminat dan pengguna di luar sana cuba gunakan lipsmate dari Ufora menerusi kerjasama Ufora X Kilafairy memang rasa seperti tidak pakai lipstik,” katanya ketika majlis pelancaran Ufora x Kilafairy di Facebook Live baru-baru ini.
Menurutnya tekstur lipstik ini yang lembut tidak akan didapati dalam mana-mana produk tempatan lain selain harganya yang berpatutan.
“Produk lipstik antarabangsa lain yang saya pernah guna pun teksturnya tidak seperti lipstik Ufora. Harganya pula amat berpatutan hanya RM35 yang dianggap mampu milik,” ujarnya yang pernah tampil dengan produk makanan tambahannya iaitu KilaFit.
Uniknya tentang kolaborasi tersebut, Kilafairy dan pengasas Ufora, Supia Saupi memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal bagi membantu individu yang hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.
“Kami nak ajak orang-orang diluar sana berniaga tanpa modal. Maksudnya mereka boleh berniaga tanpa perlu keluar duit. Tidak kira jantina semuanya boleh turut serta. Sesiapa yang berangan nak berniaga tapi tiada duit atau modal, inilah jalan terbaik untuk merealisasikan impian itu.
“Kami amat menggalakkan penyertaan mereka. Kami memang berhasrat nak membantu. Saya sendiri begitu bersimpati dengan mereka yang hilang kerja atau dipotong gaji," katanya.
Dalam perkembangan lain, Kila akan tampil dengan single terbaru berjudul Ratu yang berkonsepkan pop.
Amri Hassan
Mon Feb 15 2021
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.