Masa untuk Gempak Most Wanted Awards 2024! Ketahui siapa yang menang dan strim LIVE hari ini!
GAYA HIDUP

10 Tahun Menyinar, Bulan Bintang Peruntukkan RM10 Juta & Line-Up Padu Duta Baju Raya! - "Saya Tak Pilih Hanya Sebab Popular Tapi ..."

Ainun 06/02/2025 | 16:00 MYT

Seiring dengan sambutan ulang tahun ke-10, Bulan Bintang telah berjaya menganjurkan pertunjukan fesyen Sedekad Menyinar Bulan Bintang dengan penuh gilang-gemilang.

Pertunjukkan fesyen ini yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Center pada Ahad malam.

Bagi pengasas jenama tersebut Azzim Zahid Azmi atau mesra dipanggil Meri menyatakan tahun 2025 membawa makna yang amat berharga kerana ia menandakan satu dekad perjalanan jenama fesyen itu sejak diperkenalkan pada tahun 2015.

Tawaran hadiah yang menarik buat pelanggan

Jelas Meri, yang berusia 28 tahun, dia menzahirkan rasa syukur atas kejayaan jenama Bulan Bintang yang terus berkembang hasil sokongan padu daripada pelanggan setia mereka.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan tersebut, pengasas itu mengumumkan Bulan Bintang akan menawarkan pelbagai hadiah menarik menerusi kolaborasi bersama jenama-jenama terkemuka.

BERITA BERKAITAN: Anggap Baju Melayu Karya Istimewa, Rosyam Nor Pilih Bulan Bintang! Sentiasa ‘Excited’ Untuk Jadi Duta - “Anak Muda Yang Telah Berjuang…”

BERITA BERKAITAN: “Saya Hampir Tolak Sebab Rasa…” - Zahiril Adzim Bincang Dengan Isteri Sebelum Setuju Jadi Duta Bulan Bintang Sedekad Menyinar

Tambahnya lagi, jenama itu telah memperuntukkan dana berjumlah RM10 juta untuk dikembalikan kepada komuniti melalui pelbagai inisiatif serta kerjasama strategik bersama 14 syarikat korporat.

“Bulan Bintang adalah yang pertama menjalinkan kolaborasi dengan jenama-jenama hebat, dan kami akan memberikan hadiah istimewa kepada pelanggan sebagai tanda terima kasih atas sokongan mereka,” katanya.

Antara hadiah utama yang menjadi perhatian ramai termasuk 1kg jongkong emas daripada GB Gold, tiket penerbangan percuma selama setahun daripada AirAsia, RM150,000 duit raya daripada Hausboom, pakej haji dan umrah daripada Tabung Haji serta Khaf, baucar bernilai RM120,000 daripada Tealive, dan banyak lagi hadiah sumbangan daripada Tudung Raffle, Russell Taylors, Mutu Case, dan Mokkys Pizza.

Tidak terkecuali, jenama tersebut turut melancarkan Biskut Raya Edisi Khas yang boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan 7-Eleven di seluruh Malaysia.

Barisan Duta Hebat

Sementara itu, tarikan utama pertunjukan fesyen Bulan Bintang kali ini adalah memperkenalkan barisan duta baharu serta duta bersama jenama itu bagi tahun 2025.

Acara ini diadakan bagi memperkenalkan koleksi terbaharu baju raya ready-to-wear (RTW) untuk tahun 2025 kepada pelanggan yang sentiasa menantikan rekaan dan inovasi terkini daripada jenama tersebut.

Malah koleksi ini turut menawarkan pelbagai pilihan saiz, corak, dan warna yang sesuai untuk seisi keluarga.

Antara selebriti yang dilantik sebagai duta utama jenama ini ialah Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak, Syafiq Kyle, Zahiril Adzim, Shukri Yahya, Hannah Delisha, Nadhir Nasar, Mierul Aiman, dan Jojo Ghazali.

Selain itu, Bulan Bintang turut menampilkan barisan duta istimewa seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Joey Daud, Ain Edruce, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Ridza, Mimi Lana, Datuk Ramli MS, Sabri Yunus, Angelina Tan, dan Zamarul Hisham.

Jelas Meri, sokongan daripada barisan duta hebat ini telah memberikan inspirasi kepadanya untuk terus menghasilkan idea baharu dan luar biasa.

“Alhamdulillah, dengan sokongan daripada pasukan dan duta-duta saya yang hebat ini, setiap idea yang saya kongsikan kepada mereka sentiasa disambut dengan hati yang terbuka. Itu yang membuatkan saya ingin mencipta sesuatu yang lebih hebat daripada biasa,” katanya kepada Gempak.

Meri juga menekankan pemilihan selebriti sebagai duta bukanlah berdasarkan populariti semata-mata, sebaliknya mereka dipilih kerana berkongsi visi yang sama dalam mengembangkan idea dan mempromosikan jenama tersebut.

“Saya rasa saya mempunyai barisan duta yang hebat, di mana mereka semua mempunyai idea yang selari dengan saya. Saya tidak akan memilih seseorang hanya kerana dia popular. Jadi, pemilihan mereka sebagai duta benar-benar membuatkan saya bangga,” luahnya.

Pengumuman Bulan Bintang Next Top Model 2025

Selain pengumuman duta jenama yang menjadi tumpuan utama dan tawaran hadiah menarik, pertandingan Bulan Bintang Next Top Model turut mencuri perhatian ramai.

Ini kerana pertandingan menampilkan peserta berusia antara 40 hingga 70 tahun dan pemenang Bulan Bintang Next Top Model turut membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000, hasil undian juri dan penonton.

BERITA BERKAITAN: Koleksi SLAY-SA Raya 2025 Shawlpublika X Seth & Luna Tawar Harga Mampu Milik - “Kalau Mahal Orang Boleh Beli Sepasang...”

BERITA BERKAITAN: "Ada Pihak Cuba Mencaras Saya, Tapi Tetap Setia Dengan ..." - Shukri Yahaya

#Zahiril Adzim #Shukri Yahaya #Datuk Rosyam Nor #Syafiq Kyle #Raya #Baju Melayu #Hannah Delisha #Baju #Baju Kurung #Aiman #Nadhir Nasar #Bulan Bintang #Mierul #Jojo Ghazali #Meri #Datuk Remy Ishak