Kisah kehidupan anak kepada pelakon Rozita Che Wan dan Zain Saidin bakal disingkap dalam sebuah program realiti khas berjudul Little Princess Aaisyah
Program lapan episod yang memaparkan kehidupan seharian dan gelagat comel Aaisyah Dhia Rana itu akan mula ditayangkan setiap hari Rabu jam 9 malam bermula 12 April ini.
Ia disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Penolong Naib Presiden Perniagaan GEN NEXT Astro, Mohd Irwan Abdul Rauf berkata selain berpeluang melihat gelagat Aaisyah dalam menjalani kehidupannya seharian, penonton juga berpeluang menonton beberapa aksi spontan anak kecil itu ketika melakukan aktiviti menarik yang diberikan.
"Sebenarnya kekuatan program ini terletak pada Aaisyah sendiri kerana dia mempunyai personaliti yang unik berbanding kanak-kanak seusianya.
"Imejnya yang seakan-akan seorang puteri ditambah dengan sifatnya yang gemar bergaya menjadikan dia seorang fesyenista kecil.
"Selain melihat kehidupan seharian dan perkembangannya program itu juga memaparkan gelagat comel Aaisyah dalam melakukan pelbagai aktiviti menarik selain mencuba sesuatu yang baharu," katanya kepada Astro Gempak.
Mohd Irwan ditemui di pelancaran program Little Princess Aaisyah yang diadakan di Flora Terrace, petang tadi.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri oleh Aaisyah disamping ibunya, Che Ta dan abang-abangnya Ammar dan Aniq.
Menurut Mohd Irwan lagi, menariknya dalam program itu turut menyelitkan tip dan informasi mengenai keibubapaan daripada Che Ta dan suaminya, Zain.
"Aaisyah berada pada peringkat usia yang mana rasa ingin tahunya sangat tinggi dan aktif meneroka pelbagai perkara disekelilingnya.
"Selain melawat Zoo Negara penonton juga berpeluang menyaksikan bagaimana penerimaan Aaisyah terhadap perubahan apabila terpaksa tidur di bilik sendiri buat pertama kali.
"Dalam pada itu program ini juga sebagai alternatif mendalami ilmu keibubapaan secara bersahaja dari sudut pandangan Rozita dan Zain dalam mendidik anak mereka," katanya lagi.
Saksikan Little Princess Aaisyah mulai 12 April ini jam 9 malam yang disiarkan secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Teks oleh Syafiqah Jalal
Syafiqah Jalal
Wed Mar 22 2017
Lagi Individu Sama Dakwa Rossa Sera Kacau Suami Orang - “Sesiapa Tinggal 'Area' Tempat Rossa Tolonglah Telefon JAIS”
Nama bekas isteri Shuk Sahar, Rossa Serra menjadi perbualan hangat baru-baru ini apabila didakwa menjadi orang ketiga sehingga merosakkan rumah tangga sepasang suami isteri.
"Syasya Akan Ikut Suami Sambung Belajar Ke Luar Negara" - Rozie Othman
Nenek kepada bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal iaitu pelakon Rozie Othman memaklumkan cucunya bakal berangkat ke luar negara bersama suaminya untuk menyambung pelajaran pada Jun nanti.
Orang Kaya India Habiskan RM102 Juta Untuk Kahwin, Mariah Carey Jadi Artis Undangan
Kisah perkahwinan megah dan mewah orang kaya India ‘kembali’ lagi.
"Saya Beruntung Ada Isteri Secantik Wawa" - Aeril Zafrel Tak Pernah Terlintas Nak Curang
Pelakon dan usahawan popular Aeril Zafrel tidak pernah terlintas untuk mencurangi isterinya Wawa Zainal
"Minta Maaf, Memaafkan Perlu Ikhlas, Jangan Sampai Memalukan Orang" - Syamsul Debat
Meminta maaf dan memaafkan tidak perlu meletakkan sebarang syarat apatah lagi sehingga mengaibkan dan menjatuhkan maruah orang lain.
Selepas Agih Ayam Secara Percuma, Geng Bertopeng Belanja Telur Sepapan Pula!
Sekumpulan individu dengan imej ‘bertopeng’ yang bertindak mengagihkan ayam secara percuma kepada orang ramai berhampiran Bukit Bintang berjaya mencuri perhatian ramai baru-baru ini.
Beza Agama, Ulama Berpendapat Pernikahan Rizky & Mahalini Bakal Tidak Sah?
Hubungan asmara penyanyi Rizky Febian dan Mahalini baru-baru ini menjadi perbualan hangat selepas salah seorang keluarga terdekat Mahalini telah berkongsi mengenai tarikh perkahwinan mereka.
Michael Ang Tak Setuju Budaya Minta Maaf Sambil Melutut - "Nak Orang Minta Maaf Tak Perlu Post Di Media Sosial"
Isu mengenai isteri kepada penyanyi rap, Caprice iaitu Farra Inalis yang meminta individu yang menghina anaknya melutut untuk meminta maaf mendapat perhatian ramai termasuk pengarah dan penerbit, Michael Ang.
Linkin Park Bakal Reunion, Vokalis Evanescence Ganti Mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekaligus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Kekasih 40 Tahun Lebih Muda, Cher: “Seusia Saya Ramai Sudah Mati”
Sekitar akhir tahun 2022, penyanyi Cher mendedahkan dirinya kembali dilamun cinta menerusi perkongsian foto mesra bersama seorang lelaki.