Pelakon Hollywood, Pamela Anderson, 52, telah bercerai dengan suami kelimanya selepas 12 hari berkahwin.

BACA: Pamela Anderson Kahwin Kali Kelima Dengan Bekas Kekasih 30 Tahun Lalu

Memetik laporan US Weekly, selepas tiga hari berkahwin, suamiya, Jon Peters telah mengirimkan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk bercerai.

"Perkahwinan itu menakutkan aku, membuat aku sedar bahawa ketika usia 74 tahun aku perlu kehidupan yang tenang bukan hubungan asmara.

"Maka, pilihan terbaik aku akan menyendiri beberapa hari dan kamu (Pamela) perlu pulang semula ke Kanada apabila kita bercerai nanti.

"Satu dunia sudah tahu kita sudah berkahwin dan sekarang kita perlu mengikut jalan masing-masing. Maafkan aku," tulis Peters.

Walaupun Anderson dan Peters pernah menjadi pasangan kekasih sejak 30 tahun lalu, mereka tidak pernah tinggal sebumbung.

"Pamela rasa Jon terlalu cuba mengawalnya," dedah sumber terdekat pasangan itu.

Pasangan itu telah berkahwin pada 20 Januari lalu di Santa Monica, California, Amerika Syarikat.

Sumber: US Weekly, Page Six